Friday, October 21, 2011

Mohon share...


Orang nak share,korang pun nak share juga. Aku ada 530 friends di Facebook. Kadang- kadang tu sampai 7-8 orang "mohon share" gambar, klip dan fakta yang sama. Jadi aku secara logiknya akan tengok 7-8 benda yg sama. Rakan kepada mereka juga akan "mohon share" benda yang sama jugak. Kemudian, rakan kepada rakan punya rakan pula yang "mohon share". Dengan format baru FB ni, even kawan yang tak ada dalam list pun kita boleh nampak dia punya update "mohon share" tu. Secara matematiknya, satu hari aku akan tengok sejuta klip,gambar dan fakta yang sama.

Paling annoying, ada ke pulak sampai nak kena mintak izin. Pffftttt....

"Saya share kat wall saya ye"
"Mohon share kat wall"
"Pinjam letak dalam blog"
"Isu menarik, mohon share ye"

Nak minta izin kepala bana apa nya? 'Tuan punya' post tu pun copy ntah dari mana. Korang pulak yang terhegeh- hegeh nak "mohon share". Lain la kalau post tu memang post yang betul- betul asli. Lagi satu jenis pakai main copy je. Tak tau yang benda tu betul ke..salah ke....asal orang post je..tak sempat- sempat mohon share. Tuhan bagi kita otak, bagi kita jari..so ketuk la keyboard tu cari skit fakta yang berkaitan. Pas tu guna otak untuk buat ulasan sendiri.

Tadi ketika berjalan- jalan di satu blog, aku terbaca satu benda yang menarik. Tentang teguran/pesanan kepada sesiapa yang suka 'mohon share' tanpa mengetahui fakta yang dikongsikan tu betul atau salah. Aku amat bersetuju dengan penulisan tu.


Pasal piring 'ASS'tro mengadap kiblat.

- baru-baru kat Facebook ramai yang share benda ini. Dey thambi dan minachi sekalian alam, abih tu kalau nak tentukan arah kiblat cuma kena tengok piring ASStro saja la? Sesiapa yang siarkan pasal benda tahyul ni, silalah tanggung dosa jika ada yang bersembahyang ikut arah piring 'Ass'tro. Suka- suka hati saja nk share benda tahyul macam ni.


Pasal budak kena gilis kat China
- kepada penduduk Malaysia sekalian, mula- mula aku nak ucapkan tahniah kerana menunjukkan sifat prihatin korang terhadap kes ini. Selepas TV3 menyiarkan klip tersebut, maka ramailah rakyat Malaysia menuju ke YOUTUBE mencari klip tersebut dan share kat Facebook. Terdetik jauh dalam sudut hati, "Hahaha..aku dah ada klip ni kat wall aku, satgi mesti ramai yang datang komen dan aku jadi feymes".(sebenarnya ramai yang beratur nak "mohon share"). Tak lama lepas itu, bermulalah pesta naik hangin, caci maki, kutuk sana sini, mencarut apatah lagi. Segala jenis kemaluan ditulisnya.

TETAPI tak lama lepas tu keluar pulak "Tahukah anda kenapa tak ada sesiapa yang bantu kanak-kanak itu?" Para- para peng'komen' ni terus jadi blur..nak mencarut kat siapa pula kali ni? Tapi yang pasti, masing- masing berebut nak "mohon share" benda ni dan menunggu pujian dari orang ramai. Kononnya dia handal yang teramat sangat sebab tau pasal undang- undang negara China. Undang- undang Malaysia pun tergagap- gagap......pffftttt..riak tak bertempat.

Itu perihal Facebook. Di blog-blog pun lebih kurang sama je ceritanya.

Kalau kita tengok di blog-blog, yang jenis "mohon share" lepas tu di'edit'kan tatacara ayat tu aku tak kisah sangat. Tapi kalau jenis "mohon share" tapi sepatah haram pun tak edit, itu pemalas namanya. Tak payah la nak berblog kalau macam tu. Aku nasihatkan, pergi bancuh milo cicah ngan biskut sambil tengok t.v lagi bagus. Kalau dah pemalas tahap dewa sangat, sekurang- kurangnya tulis la 'SUMBER' ke...'RUJUKAN' kat bawah tu. Ada juga kredit kat blog asal.

Ada juga umat manusia yang SUPER DUPER MALAS.......terus duplicate blog. Ini lagi bangang. Lepas tu claim yang dia tu pemilik blog tu.

Aku pun penah la juga mohon- mohon share ni. Tapi rasa mcm jijik la pulak. Kalau ada pun tak banyak sebab aku akan edit balik pakai ayat- ayat aku sendiri. Sejak blog ini dibuka, ada beberapa insan yang datang copy entri aku. Terima kasih kepada yang menulis 'kredit' kepada blog aku. Kepada yang tak tulis tu, sila pergi mati.

Nak "mohon share" benda-benda ilmiah ni tak salah macam hadith, doa dan motivasi. Tetapi pastikan setiap fakta tu betul dan tak bercanggah dengan hukum. Sebab itu lagi bagus kalau kita sendiri yang explore benda tu. Kita sendiri boleh tau kesahihan benda yang kita nak share tu. Baru dapat kepuasan.

Sekian. MOHON UNDUR DIRI.

1 comment:

  1. saya pon suka menjalankan kegiatan 'mohon share' ni ..hehehehe

    ReplyDelete