Tuesday, January 14, 2014

Pelakon

Bila dilihat sekeliling, banyak pelakon- pelakon handal. Tak kira kiri kanan depan atau belakang, jauh atau dekat, masing-masing dengan persembahan lakonan yang hebat.

Berapa ramai orang sekeliling kamu yang menunjukan simpati ketika kamu di dalam kesusahan?
Ramai...Memang ramai. Tetapi berapa ramai pula yang betul-betul simpati da menghulurkan bantuan?
Berapa ramai pula yang pada mulanya menunjukan simpati kemudian hilang tanpa ada bertanya khabar?



Pilihan di atas diri sendiri samada untuk turut sama berlakon atau hanya menjadi penonton.

Cerita sekarang...

Apabila lama tidak meng 'up date' blog, maka banyaklah cerita- cerita sepanjang zaman terlepas. Tak nak ambil kesemua untuk bercerita di sini kerana cerita penuh berada di facebook. Tetapi adalah tidak adil jika tidak bercerita langsung di sini. Maka aku mulakan dengan cerita.........

Nilai kata-kata....

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut.

Milah Kangkung

Berlakunya cerita di sebuah kampung nun jauh di Utara Kedah. Di situ tinggalnya dua buah keluarga. Yang satu tu janda beranak satu. Janda ni ada anak dara bernama Milah. Keluarga yang satu lagi tu duda beranak satu. Duda ni juga mempunyai seorang anak teruna yang diberi nama Dollah.

Sejak daripada kecil hingga ke umur akil baligh, Milah dan Dollah berkawan rapat. Maka mak bapak Milah dan Dollah ni setuju untuk mengahwinkan mereka berdua. Sebelum menjadi seorang isteri berpesanlah mak Si Milah kepada anaknya;