Friday, October 21, 2011

Mohon share...


Orang nak share,korang pun nak share juga. Aku ada 530 friends di Facebook. Kadang- kadang tu sampai 7-8 orang "mohon share" gambar, klip dan fakta yang sama. Jadi aku secara logiknya akan tengok 7-8 benda yg sama. Rakan kepada mereka juga akan "mohon share" benda yang sama jugak. Kemudian, rakan kepada rakan punya rakan pula yang "mohon share". Dengan format baru FB ni, even kawan yang tak ada dalam list pun kita boleh nampak dia punya update "mohon share" tu. Secara matematiknya, satu hari aku akan tengok sejuta klip,gambar dan fakta yang sama.

Paling annoying, ada ke pulak sampai nak kena mintak izin. Pffftttt....

"Saya share kat wall saya ye"
"Mohon share kat wall"
"Pinjam letak dalam blog"
"Isu menarik, mohon share ye"

Nak minta izin kepala bana apa nya? 'Tuan punya' post tu pun copy ntah dari mana. Korang pulak yang terhegeh- hegeh nak "mohon share". Lain la kalau post tu memang post yang betul- betul asli. Lagi satu jenis pakai main copy je. Tak tau yang benda tu betul ke..salah ke....asal orang post je..tak sempat- sempat mohon share. Tuhan bagi kita otak, bagi kita jari..so ketuk la keyboard tu cari skit fakta yang berkaitan. Pas tu guna otak untuk buat ulasan sendiri.

Tadi ketika berjalan- jalan di satu blog, aku terbaca satu benda yang menarik. Tentang teguran/pesanan kepada sesiapa yang suka 'mohon share' tanpa mengetahui fakta yang dikongsikan tu betul atau salah. Aku amat bersetuju dengan penulisan tu.


Pasal piring 'ASS'tro mengadap kiblat.

- baru-baru kat Facebook ramai yang share benda ini. Dey thambi dan minachi sekalian alam, abih tu kalau nak tentukan arah kiblat cuma kena tengok piring ASStro saja la? Sesiapa yang siarkan pasal benda tahyul ni, silalah tanggung dosa jika ada yang bersembahyang ikut arah piring 'Ass'tro. Suka- suka hati saja nk share benda tahyul macam ni.


Pasal budak kena gilis kat China
- kepada penduduk Malaysia sekalian, mula- mula aku nak ucapkan tahniah kerana menunjukkan sifat prihatin korang terhadap kes ini. Selepas TV3 menyiarkan klip tersebut, maka ramailah rakyat Malaysia menuju ke YOUTUBE mencari klip tersebut dan share kat Facebook. Terdetik jauh dalam sudut hati, "Hahaha..aku dah ada klip ni kat wall aku, satgi mesti ramai yang datang komen dan aku jadi feymes".(sebenarnya ramai yang beratur nak "mohon share"). Tak lama lepas itu, bermulalah pesta naik hangin, caci maki, kutuk sana sini, mencarut apatah lagi. Segala jenis kemaluan ditulisnya.

TETAPI tak lama lepas tu keluar pulak "Tahukah anda kenapa tak ada sesiapa yang bantu kanak-kanak itu?" Para- para peng'komen' ni terus jadi blur..nak mencarut kat siapa pula kali ni? Tapi yang pasti, masing- masing berebut nak "mohon share" benda ni dan menunggu pujian dari orang ramai. Kononnya dia handal yang teramat sangat sebab tau pasal undang- undang negara China. Undang- undang Malaysia pun tergagap- gagap......pffftttt..riak tak bertempat.

Itu perihal Facebook. Di blog-blog pun lebih kurang sama je ceritanya.

Kalau kita tengok di blog-blog, yang jenis "mohon share" lepas tu di'edit'kan tatacara ayat tu aku tak kisah sangat. Tapi kalau jenis "mohon share" tapi sepatah haram pun tak edit, itu pemalas namanya. Tak payah la nak berblog kalau macam tu. Aku nasihatkan, pergi bancuh milo cicah ngan biskut sambil tengok t.v lagi bagus. Kalau dah pemalas tahap dewa sangat, sekurang- kurangnya tulis la 'SUMBER' ke...'RUJUKAN' kat bawah tu. Ada juga kredit kat blog asal.

Ada juga umat manusia yang SUPER DUPER MALAS.......terus duplicate blog. Ini lagi bangang. Lepas tu claim yang dia tu pemilik blog tu.

Aku pun penah la juga mohon- mohon share ni. Tapi rasa mcm jijik la pulak. Kalau ada pun tak banyak sebab aku akan edit balik pakai ayat- ayat aku sendiri. Sejak blog ini dibuka, ada beberapa insan yang datang copy entri aku. Terima kasih kepada yang menulis 'kredit' kepada blog aku. Kepada yang tak tulis tu, sila pergi mati.

Nak "mohon share" benda-benda ilmiah ni tak salah macam hadith, doa dan motivasi. Tetapi pastikan setiap fakta tu betul dan tak bercanggah dengan hukum. Sebab itu lagi bagus kalau kita sendiri yang explore benda tu. Kita sendiri boleh tau kesahihan benda yang kita nak share tu. Baru dapat kepuasan.

Sekian. MOHON UNDUR DIRI.

Wednesday, October 19, 2011

Bola..bola...bola

Saingan Piala Malaysia sudah hampir ke penghujung. Kepada pasukan yang masih bersaing T-Team, N. Sembilan, Terengganu dan Selangor aku ucapkan semoga berjaya (walaupun aku tau ucapan aku ni tak sampai kat diaorang).

Kalau tanya aku, team mana yang aku sokong (sekarang), jawapan aku Terengganu. Kenapa bukan Perlis? Kita sembang pasal hal Piala Malaysia, Perlis tak masuk Piala Malaysia.


Korang mesti cakap..

"Eleh...dah Terengganu menang...dah sampai separuh akhir baru nak ngaku sokong Terengganu".

(bunyi cengkerik......)

"Eh...ok..ok...maafkan saya abang....Jangan tampar saya....teruskan..teruskan..".


Huh..nasib baik minta maaf...

Aku suka tengok mentaliti player Terengganu. Aku minat tengok macam mana diaorang serap tekanan. Tengok final tahun lepas, tengok saja game lawan Kelantan dan Selangor baru- baru ni. Apa jin yang Irfan Bakti ni bawa pun aku tak tau. Semangat yang dia beri kepada player tu lain macam. Beliau memang seorang "tactical genius".
Para pemain bagaikan menyahut cabaran dan jeritan beliau di tepi padang. Fighting sprit cukup tinggi. Tidak mengaku kalah selagi wisel penamat belum ditiupkan. Kelebihan yang jelas aku nampak ialah keserasian dan keseimbangan di setiap posisi. Counter attack mereka juga amat merbahaya. Kelajuan, short pass, timing memang senjata utama mereka. Lihat saja bagai mana Joseph Kallang Tie menggunakan kelajuan, idea dan kematangan beliau untuk mengawal bahagian tengah. Tidak ketinggalan penyerang sensasi ketika ini, Manaf Mamat yang telah bermain 35 perlawanan dan menjaringkan 20 gol sepanjang musim ini. Tugas berat menanti pertahanan Selangor hujung minggu nanti.

Misi 33?? Pergi jahanam. Alasan paling epik dan WTF, "Angin bola tidak mencukupi untuk freekick".



Cukup berbicara tentang Terengganu dan Piala Malaysia. Sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang aksi pemain import dalam bola sepak Malaysia..


Di atas adalah senarai pemain import yang aku ingat. Sebenarnya banyak lagi tapi aku tak jumpa cari gambar diaorang. Semua yang di atas pemain yang berkualiti pada satu era. Hatta ketika main betul- betul atau time ambil rasuah.

Pemain import ini dahulunya merupakan satu tarikan untuk umat manusia memenuhi stadium.

Aku masih ingat antara aksi- aksi pemain import ini.

Ervin Boban (Johor) score hatrik time lawan Selangor kat final Piala Malaysia (1991)

Baichung Bhutia (Perak) striker yang berbadan kecil juga bole main sebagai Keeper

Keita Mandjou (Perak)Golden boot dengan 17 gol (2006)

Juan Arestegui (MPPJ) player pertama score hatrik di final Piala Malaysia. (2003)

Merzagua Abderrazak (Penang) pernah dapat anugerah best import player (1998)

Zsolt Bucs (Selangor) ermm.....pernah gaduh dengan gangster Kelantan, Halim Napi. Kena gantung beberapa perlawanan.

Scott Ollerenshaw (Sabah) Golden boot 1995 dan 1996, MVP 1996

David Mitchell (Selangor) pernah bermain dengan kelab- kelab besar di Eropah. Golden boot Piala Malaysia (1995)

Super striker Jan Janostak (KED), Philimon Chipeta, Abdulaev Rustam (PER), Abbas Saad (JOH), Alexander Freeman (SEL/KEL/PER), John Hunter(SAR), Vyatcheslav Melnikov (PEN/PAH) Igor Shkvyrin (PAH)

Jan Safranco, Ito Dan (PEN), Emile Mbouh Mbouh (PER), Peter Niekitein (KED/TER),

DAvid Evans (SAR) Tibor Szaban (KED) Janos Kresca (PRK)

dan ramai lagi....

tak larat nak tulis semua. Tetapi apa yang pasti, kudrat pemain import ini amat diperlukan bukan sahaja untuk meningkatkan taraf permainan budak- budak tempatan, tetapi juga untuk mengajak kembali penonton memenuhi stadium negeri masing- masing.

Dari sumber yang aku dapat,(tolong betulkan kalau aku salah)syarat- syarat untuk pemain import tahun depan ialah harus beraksi dalam sekurang- kurangnya liga divisyen dua jika pemain itu dari Eropah. Bagi pemain Afrika pula, mestilah bermain untuk pasukan kebangsaan negara mereka. Tak dapat dipastikan pula status untuk pemain import dari Asia.

Kepada peminat bola sepak di Malaysia, marilah kita memenuhi stadium untuk musim depan. Siapa lagi nak sokong pasukan sendiri kalau bukan anda.

Untuk musim depan aku masih tetap ke STADIUM UTAMA NEGERI membeli tiket untuk masuk sokong Perlis walaupun dah jatuh ke Liga Perdana. Peduli apa orang nak kata. Duit aku, aku punya suka.

Petang ni aku nak masuk hutan cari buluh nak buat tabung. Aku nak mula menabung dari sekarang supaya nanti poket aku tak kering time nak beli tiket.

p/s: NAMPAK TAK....aku masih sokong Perlis..!!!!!!!!!!

Puteri- puteri Disney

Bila kartun jadi real....



1. Aladdin (1992)

2. Tangled (2010)


3. Pocahontas (1995)


4. Sleeping Beauty (1959)


5. Snow White (1937)

6. Who Framed Roger Rabbit (1998)

P/s : Aku jatuh cinta pada Tangle. Aku sanggup jadi Maximus untuk sentiasa berada dekat dengan dia.

Basikal paling mahal di dunia

Basikal merupakan satu kenderaan yang paling ekonomi di muka bumi ini dan tidak mencemarkan alam sekitar. Kat negeri aku ni pun sekarang dah ramai budak kayuh fixie (mcm hareeem..nanti aku tulis pasal ni).

Ramai pakar alam sekitar menyarankan agar penghuni dunia menggunakan basikal untuk berurusan dalam jarak yang dekat. Ya...untuk jarak dekat sahaja. Kalau kayuh basikal pergi K.L untuk meeting itu dinamakan buang tebiat. TETAPI.....walaupun murah, masih terdapat juga basikal yang BAPAK punya mahal.

Di bawah ini aku senaraikan basikal paling mahal di dunia. Try la tengok kemudian pilih basikal mana yang korang nak untuk digunakan untuk kayuh pergi kerja atau beli sardin di kedai runcit.

1. Aurumania's Gold Bike Crystal Edition.

Terhad pada 10 unit sahaja. Berkonsepkan Fixed gear bike, 100% handmade, bersalut 600 Swarovski crystal dan emas 24 karat basikal ini dijual dengan harga 80,000 Euro (RM 340,000). Anda tak ada duit nak beli??
Jangan bimbang, mereka ada juga membuat 50 unit basikal yang sama tetapi tanpa kristal pada harga 21,000 Euro (RM 90,000).


2. Trek Yoshitomo Nara Speed Concept

Dicipta oleh Yoshitomo Nara bertujuan untuk memperingati kembalinya Lance Armstrong dalam arena berbasikal. Dihiasi oleh kartun kanak- kanak dan juga logo "Livestrong". Basikal ini telah dipamerkan oleh Lance Armstrong Foundation dan Nike untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya kanser. Basikal ini berjaya dilelong pada harga $200,000


3. Trek 'Butterfly' Madone

Dicipta oleh Damien Hirst yang juga bertujuan untuk memperingati kembalinya Lance Armstrong dalam arena berbasikal. Dihiasi oleh beratus- ratus sayap kupu- kupu asli. Walaupun mendapat tentangan dari PETA (People for the Ethical Treatment of Animals), basikal ini berjaya dilelong pada harga $500,000 dan semua duit itu digunakan oleh Lance Armstrong Foundation untuk memerangi kanser.



Kenapa "Facebook" warna biru?

Dalam banyak- banyak warna, kenapa Mark Zuckerberg pilih warna BIRU sebagai warna background Facebook ?

Zuckerberg sebenarnya rabun warna merah- hijau. Ini bermakna warna yang terbaik dia boleh lihat ialah warna biru. Sebab itulah Facebook berwarna biru.

Jadi, warna biru itu tak membawa maksud/melambangkan apa- apa pun. Ia hanyalah satu kebetulan.

Menurut beliau, "Bagi saya, biru adalah warna kekayaan. Saya boleh melihat semuanya biru"

Aku rasa kalau dia letak Facebook ni warna hijau pucuk pisang pun orang tetap minat juga dengan Facebook ni.

Monday, October 17, 2011

Mana duit saya??

Saya nak beli baju yang berharga RM 97 tetapi saya tak ada duit. Lalu saya pun pinjam pada kakak RM 50 dan pinjam pada adik RM 50.
Sekarang saya ada RM 100 dalam tangan saya. Saya dah boleh beli baju itu.

Lepas beli baju, cashier itu memulangkan baki RM 3 kepada saya. Sampai sahaja di rumah, saya memberi baki RM 1 kepada kakak dan RM 1 kepada adik. Lagi RM 1 saya pegang untuk membeli aiskrim.

Jadi sekarang saya hutang kakak RM 49 dan hutang adik RM 49. Tetapi bila saya campurkan hutang- hutang saya,

RM 49 + RM 49 = RM98

RM 98 campur dengan duit yang saya pegang, RM 98 + RM 1 = RM 99

MANA LAGI RM 1 DUIT SAYA???


Friday, October 14, 2011

Jantina Lappy/ PC anda...

Seperti biasa, sedang aku mengembara, aku ternampak satu benda yang amat menarik di sebuah negeri. Mari kita share.....

TAHUKAH ANDA JANTINA LAPTOP @ PC ANDA?

Ya adik- adik....

Sila ikuti langkah- langkah di bawah

  1. Buka program NOTEPAD
  2. Taipkan ayat dibawah. Kalau nak senang, copy paste je.

    CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love you"

  3. Selepas itu pergi ke File dan kemudian Save As. Ubahkan 'save as type' tu kepada 'all files'
  4. Namakan file anda itu

    jantina_komputerku.vbs

  5. Save kat desktop tau sebab nanti senang nak cari.
  6. Exit NOTEPAD selepas save. Kemudian double klik file tadi di desktop.
  7. Kalau keluar suara lelaki, maknanya JANTAN lah dan kalau keluar suara perempuan, maka betinalah jantinanya.
  8. Sharekan di ruangan komen ye.
Dari feedback yang aku terima hanya ada JANTAN dan BETINA sahaja. Belum ada PONDAN. Oh ya.....Lappy aku BETINA.

Gambar hiasan. Ini bukan gambaran lappy aku.



Sinetron Indon...


Pada satu hari, aku bersama seorang sahabat, Anwar namanya, masuk ke dalam hutan untuk mencari buluh. Maklum la, raya dah nak dekat. Kami mencari buluh untuk dibuat lemang.

Sambil menebang buluh, Anwar bertanya aku, "Pong..hang layan drama Indon ngan Filipina tak?".

"Hmm...dulu layan la. Last skali aku layan Ada Apa Dengan Cinta. Awek aku panggil aku Rannga lepas tengok cerita tu", jawab aku penuh yakin. Anwar termuntah bila dengar jawapan aku.


Selesai mengesat muntah, dia ketawa. "Buta agaknya awek hang tu. Lagi satu, Ada Apa Dengan Cinta tu bukan drama, itu filem". tempelak Anwar megah.

"Huh...BUTA? Naaahhh...ambil ni", jerit aku sambil menusuk buluh ke perut dia. Darah membuak- buak keluar. Anwar tergamam. Puas hati aku.
Sekadar hiasan.Ini bukan Anwar.

"Apa ni Pong..apa semua ni? Aku tanya bukan sebab apa, aku dah bosan la. Bila aku tengok tv je, cerita Indon. Tukar channel, cerita Indon. Tak pun cerita filipina. Korea ada la skit2, tapi aku tak kisah sebab aku minat K-Pop". terang Anwar bersungguh- sungguh."Kalau jalan cerita best tak pa la jugak. Ini jalan cerita meleret- leret". Darah masih lagi memancut laju keluar dari tempat tikaman tadi.

Aku mengelamun seketika setelah mendengar penerangan Anwar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul juga kata Anwar tu. Hari tu aku pun terjebak juga dengan cerita Indon ni. Terjebak tu bukannya sebab apa,sebab terpaksa tengok juga. memang time tu tak ada cerita lain dah kat tv. Dulu tak ada la pulak cerita- cerita Indon ni. Habis sangat filem Indon ada la. "Tarzan Raja Rimba" memang superb, sebab boleh tengok Ziela Jalil pakai seksi.
Sekarang ini pun, TV3, Ria, Prima, Oasis tambah pulak lagi dengan Indo Pek yang khas untuk cerita Indon saja. Makin seronok la bibik- bibik di rumah. Sinetron Indon ini meleret dan tak logik. Tahap ketidak logikkan tu lebih dari filem- filem Prof Razak Mohaidin. Tengok "Bawang Merah Bawang Putih" dah le.
Balik sekolah/kerja terus serbu tv semata- mata nak tengok drama Indon. Makcik- makcik kat opis kerajaan stop kerja kul 4 petang sebab nak layan drama Indon ni. Layan punya layan, last- last skali ending macam taik. Jalan cerita asyik ulang benda yang sama sahaja. Dari 20 episod terus jadi 200 episod. Drama kepala bana apa macam tu!!??

TAPI KITA TUNGGU DAN TENGOK JUGA KAN?

Cerita Indon ni kalau kita tengok, tak banyak sangat beza dengan drama melayu murahan di RTM.

- Kes tertukar anak/ anak angkat
Jenis jalan cerita yang macam ni silap- silap boleh pergi sampai 458 episod. Kejap aku anak kau, kejap kau bukan bapak aku, kejap aku ni anak kepada bini kau sebelum kau kawen dengan mak angkat aku. Kreatif tu memang la kreatif. Tapi MEMBOSANKAN.

- Heroin lembek
Hampir 90% cerita Indon mempunyai heroin yang lembek. Kena langgar kereta, masuk hopital dan hilang ingatan.Cantik tu memang dah cantik. Tapi asyik kena buli dengan benda- benda yang tak logik. Bila kita tengok heroin yang cantik kena buli, kita jadi geramlah.....erk...maaf...terlebih pulak aku ni.

-Hero yang bangang
Hero ni pun satu. Kacak, tampan hebat dan bergaya tapi bodoh nak mampos. Kejap percaya kat heroin, kejap percaya kat orang jahat, kejap masuk penjara. Tak tetap pendirian. Mana cinta sejati seorang hero kepada heroin..MANA????puiiiiiiii...Maaf..aku emosi sekali lagi.

- Gelojoh nak jadi kaya
Yang kaya bertambah kaya. Jenis tak puas dengan kekayaan sendiri, nak rampas pulak hak orang lain.Dengki sana sini, racun sana sini dan khianat kompeni bapak sendiri.

- Mudah nak membunuh
Kalau dah agak dengki saja, bunuh. Marah saja, bunuh. Mudah-mudah je nak bunuh orang. Kalau dalam dunia drama, memang tak ada polis ke?

- Jenis suka buat terkejut/slow motion
Perasan tak kalau ada benda suspen saja, gambar mesti jadi slow motion. Terkejut terbeliak biji mata pun nak buat slow motion. Macam yang Afdlin Shauki buat dalam rancangan "Oh Yeah" tu le. Aku rasa kalau dipercepatkan slow motion tu, entah- entah 30 minit saja satu episod. Tak de la nak lajak sampai 1 jam.

- Malang bertimpa- timpa
Hero dan heroin sempat la kot bahagia dalam 10 minit, lepas tu dugaan datang balik. Kalau sekali tak pa la juga. Ini kalau 12 kali asyik ulang benda sama, sakit juga hati ni.

Jadi aku pun tak faham macam mana drama yang bangang, yang ada elemen- elemen macam tu bole ada ramai pengikut. Kenapa stesen tv kat malaysia ni sibuk sangat nak import drama- drama murahan dari seberang sedangkan banyak lagi drama macam tu kat Malaysia.

Kepada orang kuat ASTERO, TV3 dan stesen tv yang lain, rentikanlah ambil cerita dari luar.
Aku bukanlah seorang pengkritik filem atau drama. Aku juga bukan seorang yang mempunyai pengetahuan tentang pembuatan filem juga drama. Tapi aku cuma seorang penonton tv yang tak suka tengok cerita Indon dan Filipina. Baik siang atau tgh malam.

La Usurpadora, Yo Soi Betty La Fea tu okey. Ramai perempuan cantik. Jadi tak terasa sangat bosan menonton. Cewaaahhh...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tersedar dari lamunan bila terdengar satu suara lemah memanggil aku.

"Pong...tolong aku Pong. Aku rasa nak pitam"

"ALAMAK....Bertahan Anwar..bertahan..!!!" jerit aku sebagai memberi motivasi dan semangat.Sepantas kilat aku memapah Anwar ke kereta dan terus menghantar dia ke hospital.

Kesian Anwar...dia beraya di hospital.




Thursday, October 13, 2011

Idea oh idea.....

Sebenarnya malam ni nak menulis. Tapi idea tarak mai la pulak.

So, aku reserve untuk esok. Sebagai membayar hutang, esok aku akan up dua entry esok.InsyaAllah...
Maaf ye.

Sekian.

Lipan durjana....


>>>Padan muka<<<


Ini adalah seekor LIPAN DURJANA. Time aku tengah tulis pasal Nick Vujicic, tiba- tiba rasa ada benda menyelinap bawah kain pelikat aku. Melompat la aku. Rupa- rupanya menatang lipan ni. Secara automatik lipan ini menempah maut, dan tempahan beliau siap dengan cepat. Lipan ini maut dihentak oleh aku pada hari Khamis, 13/10/11 pada jam 12.45pg.
R.I.P wahai lipan......

Wednesday, October 12, 2011

Inspiration

Ramai di antara kita selalu mengeluh dengan diri sendiri. Ada yang dalam diam tak dapat nak menerima hakikat nasib malang yang menimpa diri. Salahkan orang sana sini dan tak teragak- agak untuk aku tulis, ada yang salahkan Tuhan apabila sesuatu musibah menimpa diri.

Tadi time tengah godek- godek YOUTUBE, aku terjumpa satu klip. Mungkin klip ni dah lama wujud. Tapi aku jamin kalau tengok banyak kali pun tak membosankan.THIS IS WHAT WE CALL INSPIRATION. Cuba tengok klip ni dan kemudian tengok kembali diri anda.


Tak payah tanya siapa dalam klip tu. Aku malas nak tulis panjang- panjang. Search for "Nick Vujicic"

JADI....bersyukurlah anda kerana anda sempurna sifat. Jangan selalu mengeluh tentang nasib/musibah yang terjadi pada diri anda. Tuhan itu Maha Adil. Di sebalik kekurangan yang ada, tersembunyi sesuatu kelebihan. Cuma kita sebagai manusia kena pandai 'explore'.

Percayalah, bila Tuhan mengambil sesuatu dari anda, Dia akan berikan sesuatu yang baik sebagai ganti. InsyaAllah....

Tuesday, October 11, 2011

Ikat air...

Tengah hari tadi aku keluar pergi mencari ubat untuk sepupu aku yang sakit. Setelah agak lama berada di luar, tekak ni rasa amat dahaga. Ditambah pulak dengan cuaca yang panas. Jadi aku men'usul'kan kepada sepupu supaya kami berehat sebentar bersama kit-kat.

Aku membentangkan cadangan supaya kami berhenti di satu gerai yang agak popular. Ada jual air jagung, air kelapa, buah- buahan dan rojak. Mendengar cadangan aku, sepupu aku terus berkata cadangan ditutup. Bermakna cadangan aku di terima. Kami pun berhenti dan menikmati air jagung dalam gelas.

Rasa amat sedap. Lalu aku minta bungkus satu lagi air jagung dan air kelapa. Setelah membayar, aku dan sepupu aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dalam perjalanan kami berbual rancak. Setelah sampai di rumah, dahaga kembali menyerang. Kali ini dahaga yang teramat sangat. Aku pun ambil air yang aku tapau tadi. TETAPI............


Apahal yang ikat air tu sampai susah aku nak buka? Aku dahaga yang teramat sangat. Aku tak ada masa nak perah IQ aku untuk fikir mcm mana nak buka ikatan tu. Dah la ikat dengan getah. Lain kali cari la tali rafia bulat tu...senang pun senang...cepat pun cepat. Nasib baik tak pecah plastik tu tadi.

Kepada makcik rojak, kot- kot la terbaca blog ni, kalau jawapan makcik, " Weh budak, getah lagi murah dari tali rafia tu la", saya pula nak menjawab, "Weh makcik, keuntungan jual air ni saja dah banyak berlambak tau. Nak rugi kepala bana apa sampai kedekut ut nk beli tali rafia bulat tu?"
Makcik bayangkan kalau ada org Somalia yang dahaga nak mampos beli air makcik. Saya rasa orang Somalia tu mati sebab abih tenaga time nak buka air tu...

Jadi nasihat saya hanya satu, makcik pakai la tali rafia bulat tu lepas ni. Kesian kat orang yang dahaga.

Monday, October 10, 2011

Kentut dan permasalahan....

Sedang aku ber 'Facebook' tadi, ada seorang rakan bertanya...

Salam, macam mana nak mengelak dari terkentut dalam kelas?


Aku bukanlah seorang cerdik pandai atau seorang ahli kaji sejarah yang bijak. Aku cuma seorang insan yang suka menjawab isu- isu pelik berdasarkan rujukan yang aku sendiri tak tahu kesahihan fakta tu. (tak semua la...)


Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang jadi tiada apa yang perlu dimalukan.

Terima kasih kepada yang bertanya.

Perasaan ingin kentut ni sebenarnya satu perasaan yang tak boleh nak dielakkan oleh kita setiap makhluk tuhan ni. Boleh kalau nak kemut dan tahan kentut, tapi nanti akan menyebabkan impliksi yang agak tidak elok pada diri sendiri.

Tahan kentut ni sama macam tahan kencing.Tahan kencing boleh mengakibatkan batu karang(penyakit).Tahan kentut juga begitu(penyakit). Tahan kentut bole mengakibatkanjangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan unat antiboitik selama 2 minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda!!

Menjawab soalan tersebut, cara untuk mengelakkan kentut di dalam kelas,

1. Jangani makan terburu-buru
2. Jangan makan telur rebus terlalu banyak.
3. kunyah makanan hingga lumat baru telan.
4. elakkan dari tertelan udara yang banyak.
5. Kurangkan merokok

Antara makanan yang menyebabkan kita terasa kerap nk kentut:

* Bunga kubis
* Kekacang
* Kubis
* Kubis Brussels

* Brokoli
* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
* Bawang
* Makanan bergoreng dan banyak lemak

Ada dikalangan kita tersalah anggap apabila berbicara tentang punca kentut. Ada yang berkata faktor pemakan itu mempengaruhi bunyi ketut perlahan atau kuat.
Sebenarnya, bunyi kuat terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung.

Sesetengah manusia amat berasa takut apabila terlepas kentut. Manakan tidak, bau kentut itu sudah mampu membuatkan anda disisihkan. Apatah lagi bila bersama insan tercinta. Anda semua tak perlu risau. Masih ada penyelesaian. anda masih mempunyai sekurang- kurangnya 20 saat untuk anda elakkan bau kentut anda dibau oleh insan sekeliling. Sila baca fakta di bawah

Sebenarnya, kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Menurut Devotedlily (2011) KENAPA KITA KENTUT, kentut nih berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui bontot. Jadi kalau kita tahan kentut, bakteria ini masih kekal dalam badan dan bole mengakibatkan penyakit.

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Kentut tak hilang tapi akan diserap oleh darah.Kalau kita tahan kentut, gas tu akan beralih ke bahagian atas & menuju ke usus. Nanti bila sampai masa akan kentut jugak. So, kentut tu tak lenyap, tapi delay sikit.

Dari segi hukum, menurut Ustaz Zahazam Mohamed (2010) daripada Imam Ahmad dan Ibnu Majah yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut)."

Sekian serba sedikit tentang kentut dan permasalahan. Kalau ada masalah kentut/ angin yang serius, anda jangan tanya saya lebih- lebih. Saya bukan seorang doktor. Saya hanya seorang penulis blog.



Telan 5 sen...

Malam tu, sepasang suami isteri terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Si anak memberitahu dia tertelan duit syiling 5 sen.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba mengeluarkan duit 5 sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit 5 sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni."

Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit 5 sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Sunday, October 9, 2011

Pooyooo Magic..!!!!

Satu hari tengah aku layan satu cerita kat ASTERO, terkeluarlah satu cerita magic. FUYOO MAGIK!!
Rancangan ini ialah satu satunya rancangan magik versi Malaysia@Melayu yang wujud kat ASTERO Malaysia. Rancangan ini di hostkan oleh seorang belia yang bernama Shahril. Gemok, ada janggut, cute dan pakai gelang kulit.

Satu ketika dulu, aku pernah layan dah rancangan ini. Masa mula- mula keluar kat ASTERO. Memang aku kata dalam hati kecil aku ni, bagus juga ada melayu yg reti buat magik walaupun magik yang dia buat tu cuma magik geli- geli. Rupanya aku silap....

Tak lama lepas tu, magik si Shahrul ni makin merapu. Tak tahu sama ada itu adalah idea dia atau pihak produksi. Semakin banyak magik murahan yang aku sendiri mampu buat. Siap upah orang untuk buat muka terkejut bila magik selesai.

Kalau Criss Angle, Dick Brook hatta Ali Bongo tengok, mesti mereka gelak terhinggut- hinggut. Sama ada mereka ini keluarkan nama si Shahrul ni dari list 'magician' sedunia atau paling teruk pun mereka akan suruh hantu Houdini kacau dia seumur hidup.

Baiklah, dah panjang aku merapu. Sekarang sampai masanya aku tunjukkan satu magik dari mamat ni. Magik ini adalah yang paling LOSER pernah aku tengok. Aku tak sempat ambil shot sebelum dia buat magic. Sebab time tu aku masih 'blur' kerana memikirkan kenapa dia sanggup buat magik yang murah macam ni...Kepada sesiapa yang malas nak baca, roll terus ke bawah dan baca KESIMPULAN.

Tempat : Tepi pantai
Watak : Shahril (Mat Magik) dan 3 orang rakan (Rakan A,B dan C)
Situasi : Rakan A,B dan C mencabar Mat Magik untuk membuat satu magik yang boleh dikatakan mustahil

Rakan A,B dan C mencabar Mat Magik untuk membuat satu magik yang boleh dikatakan mustahil. Dari dialog mereka bertiga, kita dah dapat lihat ini semua rakan ini berdialog keras macam kayu. Mereka mencabar Mat Magik supaya berada timbunan pasir tersebut selama 1 minit. Mat Magik cuma tersenyum sinis. Kacang baginya.....

3 orang rakan ini kemudian mengorek lubang yg agak- agak mereka bole menimbus Mat Magik yang CHUBBY itu.


Setelah siap lubang tersebut, mereka menyuruh Mat Magik masuk ke dalam lubang itu. Untuk mengelakkan penipuan, satu HANDY CAM dibekalkan kepada beliau. Ini untuk membuktikan yang beliau betul ditanam di bawah pasir itu.

Mat Magik melangkah gagah masuk ke dalam lubang. Kononnya beliau ditanam, beberapa ketul pasir di tebur atas HANDY CAM beliau kemudian keadaan menjadi gelap. (fully tertanam la kunun)

Setelah rakan A,B dan C berpuas hati mereka menyuruh kamera fokus ke atas pasir. Nampak pasir itu naik turun tanda Mat Magik masih bernafas.

*Kamera hanya fokus ke atas pasir bahagian perut. Tidak kepada kepala. Kerana kepala Mat Magik sebenarnya MASIH BELUM TERTIMBUS. "camera trick"

Kamera kemudiannya kembali fokus kepada 3 orang rakan tadi. Mereka meninggalkan kawasan tersebut.Ketika ini memang tak nampak kawasan timbuan pasir tu.

Dalam masa 1 minit kamera fokus kepada rakan- rakan Mat magic yg kononnya hairan sama ada mampu atau tak Mat Magic bertahan.

Selesai masa 1 minit, mereka kembali ke tempat timbunan pasir tadi dan mula menggali.

Setelah selesai.....AJAIB!!!
Mat Magik hilang dan tidak dapat dikesan!!!!!!!!!!
Rakan- rakan beliau kelihatan cemas. (time cemas pun lakonan macam kayu)
Mereka tertanya-tanya ke mana hilangnya Mat Magik pujaan Malaya ini.

KLIMAKSnya di sini....dari jauh kelihatan Mat Magik berlari- lari anak yang ntah dari mana muncul tersengih- sengih.

"Eh..mcm mana kau buat?" tanya rakan beliau.
"Amacam...magik tak?" tanya beliau kembali

Rakan beliau kelihatan bingung.( dah la bangang dan bengong

Jadi kesimpulannya,

Kalau dah habis idea nak buat magic, tak payah la tipu penonton. Buat magik yg biasa- biasa sudah le.Penonton yang bijak mungkin tak tertipu tapi mereka akan lihat Mat Magik sebagai insan yang TAK CERDIK. Lagi satu, macam mana magik BODOH ni boleh terlepas untuk lulus siaran?

Mat Saleh buat kamera trick juga, tapi masih nampak real. Mat Magik punya kamera trick dah la tak jadi, nampak tak real....kena kutuk lagi....bila kutuk mula la orang komen, yg kita ni tak support anak tempatan. Nak support jadah apa kalau mcm ni punya rancangan?


Friday, October 7, 2011

9 kata- kata 'maut' oleh wanita


  1. Ok....fine!!
    - Selalunya digunakan oleh wanita untuk mengakhiri pergaduhan. Menunjukkan mereka adalah betul dan anda perlu DIAM.

  2. Kejap..kejap...5 minit..
    - Kalau dia tengah bersiap/ make up, bermakna kena tunggu lagi stengah jam.

  3. Hmm...tak de apa- apa lah...
    - Ini bermakna ketenangan sebelum peperangan! Bermakna 'ada apa-apa'. Mula bergaduh dengan 'tak de apa-apa' selalunya berakhir dengan cool.

  4. Haaa...BUAT..BUAT la kalau berani....
    - Ini adalah sejenis CABARAN, bukannya memberi keizinan. JANGAN BUAT!

  5. Mengeluh dengan kuat (haiiiissss...)
    - Ini sebenarnya adalah satu perkataan yang selalu tak difahami oleh lelaki. Mengeluh dgn kuat ni, sebenarnya dia sedang berfikir kenapa dia membuang masa bergaduh dengan lelaki yang 'cerdik' seperti anda tentang...tentang..benda yg HAMPEH...yang tak de la apa sangat pun...gaduh tentang benda- benda kecil/remeh...about NOTHING ( rujuk kepada no.3 tentang 'tak ada apa-apa)

  6. Tak mengapa...that's okey.
    - Ini adalah salah satu perkataan yang agak bahaya. 'That's okey' bermakna dia perlukan masa untuk berfikir bagaimana dan bila nak menghukum kesalahan yang anda buat. AWAS.

  7. Terima kasih...
    - Dia berterima kasih kepada anda. Betul...Jangan pengsan!! Lain lah kalau dia kata "Terima kasih banyak- banyak". Itu adalah satu sindiran. Jangan balas "Sama- sama", kerana dia akan akhiri dengan perkataan "Haiisss....apa- apa je la!!!"

  8. Apa- apa je la (mengeluh/menjerit)
    - Ini adalah cara dia berkata "FUCK YOU" kepada anda.

  9. Tak payah la nak risau...saya bole buat sendiri.
    - Satu lagi kata- kata maut. Dia sudah beberapa kali menyuruh anda buat sesuatu perkara tetapi akhirnya dia sendiri yang buat. Kemudian anda akan bertanya "Kenapa ni?". Jawapan dia adalah sama seperti no.3...............