Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu vFacebook


Pagi kelmarin tengah syok- syok aku layan FB, tetiba aku terpandang satu post tentang Ombak Rindu. Ya...Ombak Rindu (full movie) kini dah ada di youtube. Aku mengeluh panjang. Tak habis lagi ke pasal Ombak Rindu ni? Dah la petang smalam semua sibuk post pasal "Tentang Dhia". Makcik- makcik, akak- akak dan adik- adik, brenti la layan cerita- cerita macam ni. tak de maknanya. Tengok sampai nangis-nangis depan tv. Buang masa betul la.



Ok...berbalik pada Ombak Rindu ni, aku hairan apa hantu yang Osman Ali ni pakai. Hati aku turut terdetik..

"Tak salah kalau aku tengok citer ni..tak salah..."
Lagipun kalau aku tak tengok, macam mana aku nak tahu jalan cerita. Macam mana aku nak tahu citer ni bole nangis ke tak...bole buat aku sebak ke tak.....Nama pun cerita/filem melayu, tetap tak lagi konsep dengan sinetron dari Indonesia. Jalan cerita yang tipikal. Tu pun berduyun-duyun orang pergi tengok.

Lalu setelah bertafakur selama seminit setengah, aku nekad. Aku perlu 'siasat' filem ini. Sebagai pendinding diri dari wujud rasa sedih,pilu sebak dan nak nangis, aku up satu post kat FB. Ini adalah untuk mengajak rakan- rakan aku turut serta dalam siasatan ni. Untuk menambahkan 'feel', sambil aku tengok aku akan buat ulasan di facebook.



(Ya Tuhan....apa bangang la aku nak layan cerita bodoh macam ni.)



MEMPERSEMBAHKAN......


Friday, December 23, 2011

Main gosok- gosok


Anda bosan dengan perjalanan hidup anda hari ini?

Pergi kat www.google.com kemudian taip 'let it snow'. Biarkan untuk seketika dan jangan klik apa- apa. Skrin anda akan jadi berkabus.

Nampak tak? Nampak tak? Bila dah agak tak nampak apa- apa, left-click lepas tu drag la mouse sepuas hati. Kalau malas, klik saja 'Defrost'


Selamat mencuba.

*thanx to Sarajevo Amira Maisara for the tip

Tuesday, December 20, 2011

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Setelah sekian lama tak update blog, hari ini bagaikan ada satu suara yang membisik ditelinga aku, "UPDATE lah blog...UPDATE laaaaaahhhh~~". Disebabkan takut punya pasal, aku menggagahi jua diri aku yang sememangnya gagah ini untuk menulis.

 
CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA (CMTKPD) ini adalah hasil karya saudara Lucius Maximus. Beliau adalah salah seorang penulis tetap di blog Sokernet, mempunyai blog sendiri iaitu Trankuiliti Tronoh dan tidak ada kaitan dengan Maximus Ongkili langsung. Tetapi beliau pernah bermegah kerana nama Maximus pernah diguna pakai oleh seekor kuda kacak di dalam cerita tahyul kanak- kanak "Rapunzel". Buku ini adalah penulisan kedua beliau selepas buku Cerita Piala Dunia.

Buku ini aku order dari Dubook Press melalui atas talian (online) dan berharga RM 20. Walaupun agak lambat menerima buku ini, aku sebagai seorang yang beriman setia menanti Encik Posmen menghantar buku ini.

Dimulakan dengan prakata Pipiyapong, yang juga salah seorang penulis tetap di Sokernet, menceritakan bagaimana angan- angan beliau untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Menceritakan bagaimana seorang pemuda bernama Baharom Bahari dari lahir dari sebuah kelab bernama Torpedo Lipis dan kemudian membawa pasukan Malaysia ke Piala Dunia. Peringkat tertinggi yang berjaya dicapai adalah pada tahun 2026 iaitu Malaysia terkandas di separuh akhir. Tidak dinyatakan pula tewas kepada siapa. Mungkin India atau Timor Leste kerana penduduk negara mereka juga kuat berangan.

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu ada sekuel???

Pada hari pertama tayangan, filem Ombak Rindu telah mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM 750,000. Filem ini juga telah berjaya menewaskan filem No.1 DUNIA iaitu Twilight Saga: Breaking Down dengan sekali henjut sahaja.

Pengarah filem tersebut, Osman Ali berkata,

"Dengan kejayaan filem Ombak Rindu ini, saya bercadang nak buat satu filem sekuel kepada filem ini. Saya telah pun membuat beberapa babak pendek dan saya yakin, filem ini mampu menambat hati penyokong Chelsea, Barcelona dan Real Madrid. Oh ya....tak lupa juga penyokong Liverpool."

Menurutnya lagi, "Walaupun Liverpool adalah pasukan yang hanya bertanding dalam liga domestik musim ini, saya amat memahami kebencian mereka kepada Manchester United dan saya dedikasikan filem ini khas untuk penyokong Liverpool."

Begitulah kata- kata seorang pengarah filem tersohor negara. Walaupun Man U telah disingkirkan oleh FC Basel awal pagi tadi, sikap Osman Ali yang juga penyokong tegar Man U harus dicontohi. Sekuat mana pun pasukan yang beliau sokong, beliau tidak lupakan pasukan yang lemah.

Dalam satu lagi temuramah bersama En. Redznal seorang penyokong Liverpool, berkata, "Saya sedar Liverpool tak masuk Piala Eropah dan Champions League, sekurang- kurangnya dengan ada filem ini, saya boleh mencaci dan mengutuk Man U dan dalam kesempatan ini saya mengajak semua penyokong team lain mengutuk Man U sepuas- puasnya. Kata terrer sangat, dengan Basel pun tak boleh lepas..HUH"

Penulis sempat mengambil beberapa babak dari filem sekuel tersebut dan ingin berkongsi dengan pembaca sekalian.

TERIMALAH.......

Wednesday, December 7, 2011

Tipu bangang

Bersempena dengan hari AIDS sedunia pada 1 Disember yang lalu, satu SMS/email yang paling bangang telah berlegar di ruang angkasa Gaban. Dakwaan palsu tentang wujudnya virus HIV dalam minuman bergas seperti Coke, Pepsi dan lain- lain. Lebih kurang macam ni la SMS nya:

"Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang"

Itu dalam bahasa Melayu. Untuk yang tak faham bahasa melayu, ada juga versi bahasa Inggeris. Lebih kurang macam yang kat bawah ni.

"for d next few days, do not drink any product from pepsi company like pepsi, tropicana juice, slice, 7up , coca cola, etc,,as a worker from the company has added his blood contaminated with HIV. watch Ntv7 ...please 4ward this 2 every 1 u care about.....ok. Please note seriously"

JENG...JENG....JEEEEEENNNGGG.......!!!!!!!!!