Saya nak beli baju yang berharga RM 97 tetapi saya tak ada duit. Lalu saya pun pinjam pada kakak RM 50 dan pinjam pada adik RM 50.
Sekarang saya ada RM 100 dalam tangan saya. Saya dah boleh beli baju itu.
Lepas beli baju, cashier itu memulangkan baki RM 3 kepada saya. Sampai sahaja di rumah, saya memberi baki RM 1 kepada kakak dan RM 1 kepada adik. Lagi RM 1 saya pegang untuk membeli aiskrim.
Jadi sekarang saya hutang kakak RM 49 dan hutang adik RM 49. Tetapi bila saya campurkan hutang- hutang saya,
RM 49 + RM 49 = RM98
RM 98 campur dengan duit yang saya pegang, RM 98 + RM 1 = RM 99
MANA LAGI RM 1 DUIT SAYA???
Dah hutang RM50 tu, pulangkan terus Rm50 hujung bulan, bila dpt gaji. Duk pulangkan RM1 tu dulu buat hapa? :p
ReplyDeletebenda elok tak elok tangguh2...ada RM 1 pun, kena la kasi jgk...tak leh tunggu2..
ReplyDeleteRM 97 bahagi 2 = RM48.50, jadi bila RM48.50 + RM1 = RM49.50. Duit hutang pada kakak dan adik adalah RM49.50. Bila ditambah hutang keduanya kakak dan adik ialah RM 49.50 + RM49.50 = RM99. Ditambah pula dgn RM1 duit pada dia, RM99 + RM1 = RM100
ReplyDelete