Monday, October 3, 2011

Q.P.R's M'sian fan



Ini adalah satu screen capture di salah satu QPR punya group di Facebook.(click picture to enlarge). Dengan Inggeris yg berterabur, these Malaysian declared that diaorang bangga sangat sebab dah ada QPR as their own team.

Nampak tak soalan Mr. Roger Da Costa tu? Kalau abg la, abg akan jawab...

"I'm just connected to QPR trough ASTRO....Ech-De
(HD, macam Messi sebut dalam iklan). Okey abg gurau je dik.

Senang cerita, macam ni lah dik, kalau nak sokong skali pun tak payah la nak proud sangat dengan QPR sampai macam tu. Mr. Tony tu pun cuma ada 66% saja pegangan dalam QPR. Bila- bila masa saja bole tukar owner la dik. Cuba bayangkan season depan kalau Mr. Tony ni jual pulak kelab ni kat orang lain. Adakah adik, family dan rakan masih nak sokong QPR?

Lagi menjahanamkan keadaan bila Datuk Nazrin masuk komen. Bebal nak mampos bila dia tulis sebelum ini dia sokong Barcelona tapi sekarang dia sokong QPR. Lagi buta kayu apabila quote "rock steady" turut ditulis. Buat pengetahuan Datuk, rancangan AF tak ada di UK melainkan rakyat UK menonton konsert secara online atau tengok youtube. Apa jadah 'rock steady' dikait dengan bola sepak?

Untuk pengetahuan adik, abang sokong Manchester United. Ya dik...pasukan yang paling kuat di Bima Sakti ini.

Sekarang adik mesti cakap.."Eleh...abg pun sokong MU. Nak nasihat orang pulak."

Tunggu dulu dik, abg belum habis cakap adik dah potong. Aku penampo jgk budak ni karang.

Ya abg sokong M.U. Tapi abg tak pernah masuk group FB M.U then declare macam adik declare.
Ada betul juga Mr Roger Da Costa tu tanya soalan macam tu. Kita asyik sibuk sokong kelab negara lain. Tak ada kah pasukan yang boleh kita sokong di negara kita sendiri?

Negara kita ada Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor bla...bla..bla...bla..Tak nak sokong kelab tempatan pun tak pa. Sokonglah kelab yang diwakili oleh pemain- pemain negara kita.
Kita ada Fadli Shas, Zack Haikal dan Irfan Fazail bermain di Slovakia mewakili kelab FC Vion Zlate Moravce. Kenapa tak sokong saja kelab tu. Lagi bangga anak Malaysia main kat sana walaupun di liga bawahan. Kalau dah jauh sangat, sokong Pelita Jaya pun jadi lah.

Sebenarnya terpulang pada adik untuk sokong team mana yang adik suka, tapi jangan buat perangai JAKUN.

Baiklah..abg pun penat nak menulis panjang- panjang ni. Bukan adik baca pun. Kepada sesiapa yang terbaca post ni, korang jangan la buat benda tak senonoh macam adik Shakir ni buat.

P/s: Tolong la berpijak di bumi yang nyata ni.


3 comments:

  1. emmmm.....susah jugak nak cakap issue ni kan...malaysia ni satu la..bila sesuatu benda baru masuk..mmg akan jadikan satu isu sikitla...susah nak kekang habit mcm gitu.....by the way..buat sesuatu..biar berpada

    ReplyDelete
  2. yup..its true...kadang tu over react.

    ReplyDelete