Sedang aku ber 'Facebook' tadi, ada seorang rakan bertanya...
Salam, macam mana nak mengelak dari terkentut dalam kelas?
Aku bukanlah seorang cerdik pandai atau seorang ahli kaji sejarah yang bijak. Aku cuma seorang insan yang suka menjawab isu- isu pelik berdasarkan rujukan yang aku sendiri tak tahu kesahihan fakta tu. (tak semua la...)
Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang jadi tiada apa yang perlu dimalukan.
Terima kasih kepada yang bertanya.
Perasaan ingin kentut ni sebenarnya satu perasaan yang tak boleh nak dielakkan oleh kita setiap makhluk tuhan ni. Boleh kalau nak kemut dan tahan kentut, tapi nanti akan menyebabkan impliksi yang agak tidak elok pada diri sendiri.
Tahan kentut ni sama macam tahan kencing.Tahan kencing boleh mengakibatkan batu karang(penyakit).Tahan kentut juga begitu(penyakit). Tahan kentut bole mengakibatkanjangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan unat antiboitik selama 2 minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda!!
Menjawab soalan tersebut, cara untuk mengelakkan kentut di dalam kelas,
1. Jangani makan terburu-buru
2. Jangan makan telur rebus terlalu banyak.
3. kunyah makanan hingga lumat baru telan.
4. elakkan dari tertelan udara yang banyak.
5. Kurangkan merokok
Antara makanan yang menyebabkan kita terasa kerap nk kentut:
* Bunga kubis
* Kekacang
* Kubis
* Kubis Brussels
* Brokoli
* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
* Bawang
* Makanan bergoreng dan banyak lemak
Ada dikalangan kita tersalah anggap apabila berbicara tentang punca kentut. Ada yang berkata faktor pemakan itu mempengaruhi bunyi ketut perlahan atau kuat. Sebenarnya, bunyi kuat terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung.
Sesetengah manusia amat berasa takut apabila terlepas kentut. Manakan tidak, bau kentut itu sudah mampu membuatkan anda disisihkan. Apatah lagi bila bersama insan tercinta. Anda semua tak perlu risau. Masih ada penyelesaian. anda masih mempunyai sekurang- kurangnya 20 saat untuk anda elakkan bau kentut anda dibau oleh insan sekeliling. Sila baca fakta di bawah
Sebenarnya, kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
Menurut Devotedlily (2011) KENAPA KITA KENTUT, kentut nih berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari reaksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui bontot. Jadi kalau kita tahan kentut, bakteria ini masih kekal dalam badan dan bole mengakibatkan penyakit.
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.
Kentut tak hilang tapi akan diserap oleh darah.Kalau kita tahan kentut, gas tu akan beralih ke bahagian atas & menuju ke usus. Nanti bila sampai masa akan kentut jugak. So, kentut tu tak lenyap, tapi delay sikit.
Dari segi hukum, menurut Ustaz Zahazam Mohamed (2010) daripada Imam Ahmad dan Ibnu Majah yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut)."
Sekian serba sedikit tentang kentut dan permasalahan. Kalau ada masalah kentut/ angin yang serius, anda jangan tanya saya lebih- lebih. Saya bukan seorang doktor. Saya hanya seorang penulis blog.
topik yg menarik..yg jrg org pk..heheheh....
ReplyDeletethanks sebab sudi tengok blog
ReplyDeleteEntry penuh infromasi tentang fenomena yang sangat jarang dibicarakan tetapi mungkin selalu ditertawakan.disembunyikan....gas metana pun bau busuk juga bro tetapi,ianya juga dibebaskan akibat penguraian bakteria.
ReplyDeleteYup...tapi gas metana bole menyebabkan kesan rumah hijau. Gas metana ni tahap bahayanya kalau tak silap 2nd place selepas karbon dioksida dalam kesan rumah hijau.Tapi tahap bahaya lebih tinggi dari CO2. Ia terlerai lebih cepat dari CO2 dan akan memberikan kesan serta merta.
ReplyDelete