Friday, October 14, 2011

Sinetron Indon...


Pada satu hari, aku bersama seorang sahabat, Anwar namanya, masuk ke dalam hutan untuk mencari buluh. Maklum la, raya dah nak dekat. Kami mencari buluh untuk dibuat lemang.

Sambil menebang buluh, Anwar bertanya aku, "Pong..hang layan drama Indon ngan Filipina tak?".

"Hmm...dulu layan la. Last skali aku layan Ada Apa Dengan Cinta. Awek aku panggil aku Rannga lepas tengok cerita tu", jawab aku penuh yakin. Anwar termuntah bila dengar jawapan aku.


Selesai mengesat muntah, dia ketawa. "Buta agaknya awek hang tu. Lagi satu, Ada Apa Dengan Cinta tu bukan drama, itu filem". tempelak Anwar megah.

"Huh...BUTA? Naaahhh...ambil ni", jerit aku sambil menusuk buluh ke perut dia. Darah membuak- buak keluar. Anwar tergamam. Puas hati aku.
Sekadar hiasan.Ini bukan Anwar.

"Apa ni Pong..apa semua ni? Aku tanya bukan sebab apa, aku dah bosan la. Bila aku tengok tv je, cerita Indon. Tukar channel, cerita Indon. Tak pun cerita filipina. Korea ada la skit2, tapi aku tak kisah sebab aku minat K-Pop". terang Anwar bersungguh- sungguh."Kalau jalan cerita best tak pa la jugak. Ini jalan cerita meleret- leret". Darah masih lagi memancut laju keluar dari tempat tikaman tadi.

Aku mengelamun seketika setelah mendengar penerangan Anwar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul juga kata Anwar tu. Hari tu aku pun terjebak juga dengan cerita Indon ni. Terjebak tu bukannya sebab apa,sebab terpaksa tengok juga. memang time tu tak ada cerita lain dah kat tv. Dulu tak ada la pulak cerita- cerita Indon ni. Habis sangat filem Indon ada la. "Tarzan Raja Rimba" memang superb, sebab boleh tengok Ziela Jalil pakai seksi.
Sekarang ini pun, TV3, Ria, Prima, Oasis tambah pulak lagi dengan Indo Pek yang khas untuk cerita Indon saja. Makin seronok la bibik- bibik di rumah. Sinetron Indon ini meleret dan tak logik. Tahap ketidak logikkan tu lebih dari filem- filem Prof Razak Mohaidin. Tengok "Bawang Merah Bawang Putih" dah le.
Balik sekolah/kerja terus serbu tv semata- mata nak tengok drama Indon. Makcik- makcik kat opis kerajaan stop kerja kul 4 petang sebab nak layan drama Indon ni. Layan punya layan, last- last skali ending macam taik. Jalan cerita asyik ulang benda yang sama sahaja. Dari 20 episod terus jadi 200 episod. Drama kepala bana apa macam tu!!??

TAPI KITA TUNGGU DAN TENGOK JUGA KAN?

Cerita Indon ni kalau kita tengok, tak banyak sangat beza dengan drama melayu murahan di RTM.

- Kes tertukar anak/ anak angkat
Jenis jalan cerita yang macam ni silap- silap boleh pergi sampai 458 episod. Kejap aku anak kau, kejap kau bukan bapak aku, kejap aku ni anak kepada bini kau sebelum kau kawen dengan mak angkat aku. Kreatif tu memang la kreatif. Tapi MEMBOSANKAN.

- Heroin lembek
Hampir 90% cerita Indon mempunyai heroin yang lembek. Kena langgar kereta, masuk hopital dan hilang ingatan.Cantik tu memang dah cantik. Tapi asyik kena buli dengan benda- benda yang tak logik. Bila kita tengok heroin yang cantik kena buli, kita jadi geramlah.....erk...maaf...terlebih pulak aku ni.

-Hero yang bangang
Hero ni pun satu. Kacak, tampan hebat dan bergaya tapi bodoh nak mampos. Kejap percaya kat heroin, kejap percaya kat orang jahat, kejap masuk penjara. Tak tetap pendirian. Mana cinta sejati seorang hero kepada heroin..MANA????puiiiiiiii...Maaf..aku emosi sekali lagi.

- Gelojoh nak jadi kaya
Yang kaya bertambah kaya. Jenis tak puas dengan kekayaan sendiri, nak rampas pulak hak orang lain.Dengki sana sini, racun sana sini dan khianat kompeni bapak sendiri.

- Mudah nak membunuh
Kalau dah agak dengki saja, bunuh. Marah saja, bunuh. Mudah-mudah je nak bunuh orang. Kalau dalam dunia drama, memang tak ada polis ke?

- Jenis suka buat terkejut/slow motion
Perasan tak kalau ada benda suspen saja, gambar mesti jadi slow motion. Terkejut terbeliak biji mata pun nak buat slow motion. Macam yang Afdlin Shauki buat dalam rancangan "Oh Yeah" tu le. Aku rasa kalau dipercepatkan slow motion tu, entah- entah 30 minit saja satu episod. Tak de la nak lajak sampai 1 jam.

- Malang bertimpa- timpa
Hero dan heroin sempat la kot bahagia dalam 10 minit, lepas tu dugaan datang balik. Kalau sekali tak pa la juga. Ini kalau 12 kali asyik ulang benda sama, sakit juga hati ni.

Jadi aku pun tak faham macam mana drama yang bangang, yang ada elemen- elemen macam tu bole ada ramai pengikut. Kenapa stesen tv kat malaysia ni sibuk sangat nak import drama- drama murahan dari seberang sedangkan banyak lagi drama macam tu kat Malaysia.

Kepada orang kuat ASTERO, TV3 dan stesen tv yang lain, rentikanlah ambil cerita dari luar.
Aku bukanlah seorang pengkritik filem atau drama. Aku juga bukan seorang yang mempunyai pengetahuan tentang pembuatan filem juga drama. Tapi aku cuma seorang penonton tv yang tak suka tengok cerita Indon dan Filipina. Baik siang atau tgh malam.

La Usurpadora, Yo Soi Betty La Fea tu okey. Ramai perempuan cantik. Jadi tak terasa sangat bosan menonton. Cewaaahhh...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tersedar dari lamunan bila terdengar satu suara lemah memanggil aku.

"Pong...tolong aku Pong. Aku rasa nak pitam"

"ALAMAK....Bertahan Anwar..bertahan..!!!" jerit aku sebagai memberi motivasi dan semangat.Sepantas kilat aku memapah Anwar ke kereta dan terus menghantar dia ke hospital.

Kesian Anwar...dia beraya di hospital.




1 comment:

  1. hahahah mmg best la crita ang, nti sure ada produser Indon akan ambik artikel ang ni buat drama plak hahahah

    ReplyDelete