Saturday, July 21, 2012

SATU MALAM DI KEDAI MAKAN


SATU MALAM DI KEDAI MAKAN

Suasana muram di kedai makan. Ada satu meja penuh dengan budak- budak menikmati makanan. Satu lagi meja diduduki oleh satu pasangan warga emas. Sedikit tersembunyi di sudut gelap ada sepasang kekasih sedang berbual manja. Di meja tengah ada satu keluarga sedang menanti pesanan makanan.

TV3 pula sedang menayangkan cerita Naziha. Tak ada siapa peduli pun tentang cerita tersebut. Tak ada siapa pun yang peduli apa derita yang ditanggung oleh Naziha setelah berkahwin dengan Farouk. kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia menjadi beban kepada Naziha. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam.

Thursday, July 19, 2012

SATU MALAM ANGIN BERTIUP


SATU MALAM ANGIN BERTIUP

Latip sedang tidur. Mulut ternganga. Bunyi dengkur hanya tuhan yang tahu. Tiba- tiba dengar bunyi bising kat luar rumah (jangan tanya macam mana Latip boleh dengar walaupun dia sedang tidur). Latip bangun nak tengok apa benda yang bunyi bising sangat. Nasib baik kain pelikat masih terikat kukuh. Tak perlulah aku cover-cover untuk bangun.

Latip tengok jam di handphone, hari pun dah melewati tengah malam. Lebih kurang pukul 2 pagi. Keadaan di dalam rumah gelap gelita. Berdebar jantung Latip. Sebelum Latip buka lampu luar rumah, dia mengintai dari celah-celah tingkap. Memang tak nampak apa (sebab gelap). Meraba-raba Latip mencari suis lampu di dinding.

Sunday, July 8, 2012

Fox 40 - Alias Ismail


Fox 40
Oleh ALIAS ISMAIL (Utusan Malaysia 10/1/10) 



STADIUM Old Trafford bergegar dengan sorakan penonton tatkala bola rembatan Dimitar Berbatov diselamatkan penjaga gol Kenyir Bersatu - R. Arumugam. Alex Ferguson bangkit dari tempat duduk. Dengan lantang dia memaki hamun pengadil terkenal EPL - Mark Clattenberg.

Puluhan ribu manusia yang berbaju merah menyokongnya sambil mengacah-acah tangan dengan ganas ke arah penyokong pasukan lawan yang berbaju kuning emas.

Lelaki yang mendapat gelaran Sir daripada Ratu England itu mendakwa penjaga gol Kenyir Bersatu menampan bola di luar kota penalti sambil kakinya mencangkuk betis Dimitar Berbatov yang sudahpun berada dalam kawasan itu. Alex Ferguson mahu Red Devils diberi sepakan penalti dan R. Arumugam dikenakan kad merah. Bantahan Alex Ferguson langsung tidak diendahkan pengadil yang berdiri hanya kira-kira empat meter dari kawasan insiden dan nampak apa yang berlaku dengan jelas.

Lelaki yang terkenal sebagai pembuli pengadil itu kembali ke tempat duduk dengan muka merah padam sambil mengunyah gula-gula getah. Dia bimbang satu lagi keputusan upset berlaku dan Red Devils pasukan terbaru yang menjadi mangsa Kenyir Bersatu. Tewas kepada pasukan kerdil dari benua Asia sudah tentu akan mencalarkan reputasinya.