Tuesday, November 1, 2011

Resume....

Secara betulnya aku pernah bekerja di beberapa tempat di Penang. Daripada kompeni yang tak ada KWSP sampai la kompeni yang selalu bagi aku pergi jalan- jalan makan angin, gaduh dengan bos, tipu client dan banyak lagi la pengalaman yang best dan tak best.


Matbank Maybank
Kerja aku yang 1st skali ialah kerja secara haram dengan pakcik aku di Maybank Kelang Lama, Kulim. Time ni aku baru habis SPM. So, tengah tunggu result la. Apa jawatan pun tak tau. Kerja aku cuma bantu dua orang kakak, Arlina dan Sha sediakan letter offer housing loan. Lepas tu call customer suruh datang sign. Mudah kan? Setiap hari Jumaat, pakcik aku akan suruh aku ikut staff dia pergi masjid untuk sembahyang Jumaat. Tapi tak pernah sekali pun diaorang bawa aku pergi masjid. Cuma kerap bawa aku pergi makan A&W di Summit Plaza, Bukit Mertajam.
Pakcik aku ni baik. Tiap- tiap kali hujung minggu dia akan bagi 'gaji' dan gaji tu pakai duit dia sendiri. Tiap- tiap hujung minggu juga aku akan guna duit tu untuk balik ke Perlis. Aku berhenti kerja bila result SPM aku keluar.

Kerja aku yang kedua ialah kerja di sebuah cyber cafe di Prai, Pulau Pinang. Mulanya bukan aku yang call minta kerja kat situ. Kawan aku, Adi, yang call. Tapi bila tauke tu suruh dia masuk kerja, dia tak nak. So, aku la yang offerkan diri ganti tempat dia. Jadi aku dikenali sebagai Adi time kerja kat situ. Semua yang kerja situ memang kepala tak betul. Bear, super senior, dengar cerita gaji dia dah cecah RM 1500. Tauke cukup sayang kat dia. Sorang lagi nama dia Colek, pangkat dia bawah sikit dari Bear, selalu cilok duit customer. Dia pernah kena culik time dia kanak- kanak sebab tu nama dia Colek. Staff seterusnya namanya Naseer. Asal dari Bangladesh. Cukup mudah nak kawtim kalau nak suruh dia gantikan kerja. Gila buat OT. Ya adik- adik, cyber cafe pun ada OT. Aku pernah jumpa RM50 atas lantai cyber cafe ni dan time tu aku rasa aku dah cukup kaya raya. Tapi aku silap sebab gi announce kat staff- staff lain. RM 50 tu kena la share 4 orang. Aku kembali miskin. Aku berhenti kerja bila dekat nak raya. Masuk jumpa bos, mintak advace gaji sebulan dan dia pun kasi. Malam tu juga aku cabut balik Perlis dan tak pernah masuk kerja cyber cafe tu lagi.

Kerja aku yang ketiga ialah bekerja di sebuah kilang. KOMAG USA (M) SDN di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekarang dikenali sebagai WESTERN DIGITAL (WD). Aku kerja di sini lebih kurang 2-3 tahun dengan gaji RM 650 sebulan. Kalau di campurkan OT boleh la dapat RM950. Time ni aku dah kawen. RM 950 memang tak cukup. Kerja penat hanya tuhan yang tahu. Kalau shift pagi, masuk 7 pagi balik 7 mlm, shift malam, masuk 7 malam balik 7 pagi. Tapi yang seronoknya, 4 hari kerja, 3 hari cuti dan kadang- kadang 3 hari kerja, 4 hari cuti. Memang tak ada kehidupan. Kerja-tidur-kerja. Aku kerja sebagai seorang 'temporary' selama 2 tahun. Masuk tahun yang ketiga baru la status aku pekerja tetap. Tapi apa yang celakanya, bila gaji aku turun jadi RM625 sebulan. Katanya aku tak ada pengalaman dalam kilang. Kepala bana nenek dia, abih yang aku kerja 2 tahun temporary tu bukan pengalaman? Bodohnya supervisor aku time tu. Aku berkira- kira nak cari kerja lain. Kebetulan time tu aku ada kawan kerja di Standard Chartered nak pakai sale staff. Aku pun curi- curi pergi interview. I was so lucky at that time sebab abih interview saja, apek tu terus suruh aku datang kerja 3 hari pas tu. Tanpa beri sebarang notis berhenti kerja, aku berhenti kerja kilang dan aku masuk kerja bank.

Kini jawatan aku ialah Eksekutif Jualan dan bergaji pokok RM1200 sebulan. Hebat bukan? TIDAK....sebenarnya skop kerja tak ubah seperti seekor kerbau yang membajak sawah. Kerja pulak tak kira hari. Sabtu atau Ahad kalau ada sale kaunter memang kena pergi tanpa claim OT. Tetapi komisyen di sini agak tinggi. Ada kawan- kawan aku yang pernah gajinya mencecah RM 5-6 ribu sebulan. Aku? Tak payah cerita la. Setengah dari tu pun aku dah bersyukur. Kerja di Standard Chartered ni di kelilingi majoritinya kaum cina. Aku, Awee, Hijaz, Ida dan Nadia sahaja melayu tulen. Sampai satu masa hanya tinggal aku sorang sahaja melayu tunggal yang kerja di situ. Tak tahan akibat tekakan dibuli oleh pemakan babi, Clement Tay Wei Ming dan Mr. Derek aku turut sama resign. Seminggu selepas resign Standard Chartered, rakan aku mencadangkan aku kerja di Affin Bank Wisam Pelaut (Padang Kota). Katanya Affin nak pakai orang untuk jawatan "kerbau bajak sawah" juga.

Kerja aku yang kelima ialah "kerbau bajak sawah" bagi produk debit/kredit kad dan housing loan. Bergaji RM 1600 kerja di sini agak santai. Target untuk Kredit kad hanya 30 kad sebulan dan untuk housing loan hanya RM 500k sebulan. Dengan bos yang agak sporting, En Daniyal dan staf- staf spt Kak Zai, Kak Ira, Kak Yus, Kak Rom, Faizal, Asrol memang amat super best suasana kerja. Affin juga kerap hantar staff untuk pergi training di KL. Bagi aku time ni ialah time untuk aku rehat. Apakan tidak, naik bas gi KL, check in hotel yg hebat- hebat, pegi dengo breifing, balik hotel tido, malam berborak sampai pagi. Indahnya dunia. Balik ke branch claim sampai RM 400- 500. Hahahaha....Paling jauh aku ikut trip Annual Dinner di Johor.Tapi keseronokkan tak berpanjangan bila En. Daniyal kena transfer ke HQ. Aku dan Asrol sekarang tak ada bos. Kami secara tidak langsung kena report under seorang nyonya dan makcik vouge. Cara kerja mereka amat pelik dan huduh. Tiap2 pagi kena masuk ofis, sign in kemudian baru bole keluar buat sale. Aku dah la tinggal di Permatang Pauh nak kena seberang jambatan kemudian patah balik ke tanah besar kalau ada client. Apa diaorang ingat aku ni banyak duit nak bayar tol dengan minyak? Dah banyak kali aku explain kat diaorang tetapi masih tetap dengan pendirian diaorang juga. Agak- agak apa yang aku buat? YA..aku resign lagi. Kali ini aku dapat kerja betul2 dekat dengan rumah aku.

Aku sekarang bekerja di Bank Islam. Memang tak jauh dari rumah aku. Dalam 5 minit sahaja kalau dengan motorsikal. Kerja disini suasananya sama seperti di Affin Bank. Rakan- rakan baru semuanya bole gurau kasar. Azril, Edd, Zaidi, Yaseer, Che Mat dan Abg 'J' memang power. Cara kerja sini senang sebab masing- masing tahu macam mana nak buat sale 'cara mudah'. Tapi apa yang membuatkan aku frust bila kerja di Bank Islam ialah, bos taip email pakai kebod dgn menggunakan 2 jari telunjuk kiri dan kanan. Bos tak reti nak fotostat dan faks. Prosessing slow mengakibatkan staff sale selalu kena maki dengan pelanggan. Big Boss yang interview aku dulu pun yang pada mulanya puji Bank Islam bagai nak gila, last- last dia sendiri yang resign.

Dan aku pun turut resign. Aku masih menetap di Permatang Pauh selepas resign dan kemudian pada hujung tahun 2010 aku mengambil keputusan untuk berpindah balik ke kampung asalku, Perlis Indera Kayangan. Kesimplan aku mudah, hidup di Penang selama 10 tahun memang tidak mendatangkan apa- apa faedah. Cuma aku beruntung aku kutip banyak pengalaman semasa aku menetap di sana. Kalau tak ada kekuatan diri, jangan cuba nak paksa diri. Takut kot nanti bunuh diri.

Bersambung.............

3 comments:

  1. huhhh power sungguh ayat hang... seumpama dok penang nie sropa dok kat baghdad kena attack amerika hehehehe... aku plak rasa (mcm aku dok line IT), penang nie sropa dok kat taiwan...

    ReplyDelete
  2. betoi...tu baru aku duduk di seberang...belum lagi di pulau. celik mata ja...duit...duit...kerja dapat gaji bulan2 habih mcm tu ja.saving tarak. bukan tak bersyukur dgn apa yang ada, tp bagi aku..aku tak mampu nk idup kat tempat mcm tu.PENAT. Kerja 15 thn lagi di penang belum mampu bole ubah apa2...silap2 dok mcm tu jgk.

    ReplyDelete
  3. boleh crita skt bos ttg sales senang d b.islam?

    ReplyDelete