Monday, November 28, 2011

KALAH LAGI

Aku cuba tulis secara ringkas. Kalau tulis panjang- panjang ramai yang sakit bontot.

Malaysia 2 vs Bahrain 3

PLAYER/COACH

- 10 minit terakhir pun tak leh nak defend.
- Lawan team yang bermain 10 orang sepatutnya kerja mudah.
- Malaysia cuma harapkan 1-2 orang playmaker saja.
- Bila playmaker out, semua jadi tak tentu arah. Macam tak penah turun training je main.
- Siapa yang bertanggungjawab tentang taktikal?
- Bila dah leading 2-0, main rilek- rilek dah la. Nak kalut- kalut apa hal?
- Overconfident dan rasa besar kepala yang memakan diri sendiri.
- Malaysia cuma perlu control midfield ngan defend sebab striker dah memang nampak tak bole nak blah
- Bila Bahrain score 1 gol, Malaysia masih tak sedarkan diri. Masih tak tau apa yang nak kena buat.
- Sampai gol yang ke- 2 Bahrain, baru Malaysia nak kelam kabut.
- Gol yang ketiga Bahrain aku cuma mampu berkata "BANGANG".
- "Ini lah harga yang perlu dibayar", kata Ong Kim Swee.

Alasan kepenatan bila lawan dengan Syria tempoh hari mungkin boleh diterima. Tapi bila lawan dengan Bahrain memang pemain dah cukup rehat. Apa lagi masalah yang ada dalam team Malaysia ni?

Sunday, November 27, 2011

Entiti

15 tahun dulu, dari rumah aku ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim mengambil masa 30 minit. Tetapi sekarang aku memerlukan sejam untuk sampai. Ini kerana wujudnya bukan satu, tapi banyak entiti yang sering mengganggu aku ketika dalam perjalanan. Tak kira siang atau malam, pagi atau petang entiti ini senantiasa ada.

Kawan aku, Zakaria, dia dah tak lalu jalan ini 10 tahun, malam tu terpaksa juga lalu, terlepas flight gara-gara entiti ini. Salah bajet masa kata beliau. Kamal Hassan hampir- hampir maut akibat cuba melanggar entiti ini. Berlanggar pulak dengan seorang budak kampung yang juga cuba untuk melanggar benda yang sama.

Ada yang cakap tak semua entiti ini yang hidup. Tapi bagi aku, kalau hidup ke, mati ke sama saja. Evo 13, Inspira, Honda V-Tech Triple Turbo tetap akan menjadi lambat seperti kura-kura kalau bertembung dengan entiti ini.

15 tahun dulu masih belum ada pembangunan. Jalan dari Arau ke Pekan Jitra tenang seperti jalan persekutuan yang lain. Halaju tidak boleh melebihi 90km/j. Jika lebih, kita akan disaman oleh En. Polis Trafik sekurang kurangnya RM300.

Tetapi akibat dari Pelan Tindakan "Kedah Maju 2010" jalan ini telah dinaik tarafkan menjadi jalan 2 lorong untuk menampung kenderaan yang banyak lalu lalang dari Arau ke Pekan Jitra. Nasib baik lah Perlis Maju 2015. Kalau tak, mesti lagi banyak entiti ini muncul disepanjang jalan.

Yang aku hairan, sebelum jalan ini dibuat, entiti misteri ini tak pula muncul untuk kacau pemandu pemandu. Habitat mereka diganggu barangkali. Menurut cerita orang yang tinggal di sepanjang jalan Arau -Jitra, entiti ini mampu memberhentikan segala jenis motokar dari sekecil motor Honda Cub lampu bulat hingga sebesar tanker Petronas, Shell, Caltex dan Esso.

Tadi ketika perjalanan ke Jitra, nasib aku baik. Aku sempat mengambil gambar entiti ini. Itu pun sesudah 7-8 entiti ini berselisih dengan aku. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.45 petang.

Monday, November 21, 2011

JOM DIET...!!!

Kat rumah aku ada satu penimbang digital. Aku amat tak suka penimbang ini sebab dia selalu membuatkan aku marah. Jadi, mulai hari ini aku akan start diet supaya penimbang ini pula tak suka kat aku.

Kalau diikutkan kategori BMI,

Underweight = 18.5
Normal weight = 18.5 - 24.9
Overweight = 25 - 29.9
Obesity = 30 ke atas.

Aku punya BMI, 28.6. (gila....dah dekat dengan OBESITY)

Jadi, B.M.I telah kategorikan aku dalam golongan OVERWEIGHT. Tak guna punya calculator.

Monday, November 14, 2011

Mata Ayam...

'Cer' tengok gambar kat bawah ni. Lepas tu 'cer' teka gambar apakah itu. Ini bukan gambar 3D. Korang jangan la pandai- pandai nak pakai spek 3D tu plak. Kalau pakai pun nampak sama je.

Friday, November 11, 2011

Imej 3D

Hari ni seharian aku asyik google gambar- gambar 3D. Ini semua NST punya pasal. Naik berpinau mata aku. Spek 3D tu pun dah hampir koyak.

Dalam masa aku meng 'google' gambar- gambar 3D, ada beberapa gambar yang aku nak share kat sini. Gambar yang aku anggap SUPER HEBAT dia punya 3D efek...Jadi, sila pakai spek 3D korang sekarang.

p/s: Kalau nampak tak berapa clear, korang pandai- pandai la adjust angle.

MEMPERSEMBAHKAAAANNN...:

Surat Khabar 3D

Aku selalunya beli surat khabar Metro. Tapi tadi untuk merasai nikmat teknologi masa depan, aku beli surat khabar New Straits Times.
YA....hari ini kalau beli surat khabar NST hari ini, Berbekalkan kacamata merah+biru, kita akan dapat lihat gambar- gambar 3D di dalamnya. Mula- mula aku rasa macam best bila baca paper 3D. Rasa macam mat saleh 'dalam cerita tahyul masa depan' di dalam TV pun ada juga. Ditambah pulak rupa aku macam Bruce Willis masa muda, memang hebat pengalaman membaca paper 3D ni.

Antara gambar yang dimuatkan dalam paper NST tadi,

TETAPI...TAHUKAH ANDA?????

Thursday, November 10, 2011

Basikal Sperma dan ......



Benda yang dikayuh oleh Alan Dowden di atas ialah Basikal Sperma. Tengok dari bentuk pun kita dah tau kan? Basikal ini dimiliki oleh Seatle Sperm Bank.

Basikal sepanjang 3 meter ini berbentuk sperma gergasi dan ia direka khas untuk mengangkut sampel sperma. Ia direka sedemikian bagi menggalakkan kaum lelaki mendermakan sperma mereka

Menurut Dowden, misi penting dia bersama basikal tersebut adalah untuk mengangkut sampel dari Seatle Sperm Bank ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

"Kali pertama saya melihatnya, saya tidak pasti kenderaan jenis apakah ini. Setelah menyedarinya, saya tergelak besar", kata seorang penduduk.

'Kargo penting' itu diangkut dan disimpan di dalam tanki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di bahagian hadapan basikal berkenaan.

Ok..ini part yang paling best.
Pihak Seatle Sperm Bank dilaporkan membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik kualitinya.

SUMBER

==============================================================
OK...kepada kaum wanita, cukup sampai sini sahaja korang baca. Tulisan di bawah hanya untuk kaum lelaki. Kalau korang baca juga, korang adalah TAHI..!!!!
==============================================================

Tuesday, November 8, 2011

RTM oh RTM....

Tadi ada rancangan Stadium Angkasa di TV 1. Stadium Angkasa adalah satu rancangan bual bicara tentang sukan. Tajuk malam ini ialah "Politik dalam sukan".

Lepas tu ada temuramah dengan Roslinda Samsu, atlet lompat bergalah negara. Lagu background ketika ditemuramah ialah lagu 'Ahmad' nyanyian Arrora Salwa.

Memang bangang RTM ni.....

Stupid Cleverbot...

Pernah ber'main' dengan Cleverbot? Harap nama saja Cleverbot, kadang- kadang bodoh.


User: How far away are you?
Cleverbot: I am in the USA.
User: Where are you?
Cleverbot: Arizona.
User: Tell me your location.
Cleverbot: Country Ukraine, Kharkov.
User: Two places at once? You have contradicted yourself cleverbot!
Cleverbot: How?
User: Because you can not be in two places at once.
Cleverbot: What are you talking about?
User: You said that you were in two places at once, which is contradiction and thus invalid logic.
Cleverbot: I did not!
User: Where do you live then?
Cleverbot: In Dayton, Tennesse. Where do you live?

Quotes...


If women ruled the world,
there would be no wars.
Just bunch of jealous countries,
not talking to each other.

I don't hate people. I just feel better when they're not around.



When I was little, i used to sing in the shower.
Now, I make life decisions in there.


Thursday, November 3, 2011

Mereka mendengar...

Kadang- kadang 'gomen' ni kena gertak baru diaorang take action. Petang tadi dapat panggilan dari satu organisasi kerajaan.

Baru 2-3 hari lepas dok caci maki pasal interview dan sikap tak berapa cerdik pihak yang berkenaan..KARMA nih...KARMA...

Betul.....tiap- tiap kali aku maki hamun, tiap- tiap kali tu la aku dapat interbiu. Tiap- tiap kali interbiu, tiap-tiap kali juga aku tak dapat kerja.

Macam mana nk seimbang kan benda ni?

Kalau maki, aku akan dapat panggilan interbiu tapi tak dapat kerja. Kalau aku tak maki, aku tak dapat panggilan interbiu. Kalau tak dapat interbiu, macam mana nak kerja?

Haaaiiiiiiiisssssssssssssss.........

Wednesday, November 2, 2011

Apple Tutup Pengeluaran Di China – Buka Kilang Di Perlis

Tidak beberapa lama selepas kematian salah seorang pengasasnya, Apple hari ini mengumumkan akan menutup operasi pengeluaran peranti mereka di China. Syarikat FOXCONN yang sebelum ini diberi tanggung jawab membina peranti seperti iPhone dan iPad akan ditamatkan kontrak pengilangan mereka selepas kumpulan pertama iPhone 4S dikeluarkan.

Pengumuman mengejut ini dilakukan oleh CEO mereka Tim Cook di dalam sebuah sidang media tergempar tengahari tadi. Pada masa yang sama proses pengeluaran peranti-peranti Apple akan dipindahkan ke Perlis Indera Kayangan. Pemindahan pusat pengilangan peranti ini dipercayai dilakukan atas beberapa sebab. Tim Cook apabila disoal pihak Amanz.my melalui Facetime berkata;

“Sebenarnya pihak Apple sudah lama bercadang memindahkan pusat pengeluaran peranti ke luar China. Pihak kami, terutamamya mendiang Steve dituduh sebagai tuan punya hamba alaf baru kerana pekerja Foxconn banyak membunuh diri akibat terpaksa bekerja seperti hamba sahaya. Sebelum meninggal mendiang ada berpesan kepada saya supaya melakukan yang sepatutnya bagi membersihkan imej Apple dan juga beliau”


Pemindahan pusat pengilangan ini mengejutkan dunia teknologi kerana ianya bakal memberi impak yang besar kepada keuntungan syarikat teknologi gergasi ini. Apabila disoal tentang hal ini dan mengapa Perlis dipilih Tim Cook menjawab;

Kerja 'gomen'

Bila aku dah pindah ke Perlis, macam- macam jawatan kosong yang aku minta. SPA8 memang tak pernah aku tak isi.

SPA8 ni tuan- tuan dan puan, tak tau la macam mana dia punya cara operasi. Aku dah isi SPA8 ni dah banyak tahun dah. Cukup setahun aku renew. Ada la kot dalam 4-5 tahun. Sampai hari ni baru 2 tempat yang panggil interview. Ya...INTERVIEW SAHAJA. Belum dapat kerja lagi.

Ada juga yang pesan sebelum isi SPA8 ni, kita kena check dulu sama ada kita ada atau tak sedara mara atau kenalan yang ada pangkat tinggi dalam kerajaan. Kalau tak ada lupakan saja. KENAPA?

Sebab masa anda tak terbuang macam tu saja time isi borang. Anda mungkin boleh dapat panggilan temuduga, tetapi siapa yang akan tolong SELITkan nama anda kepada HR untuk menjamin anda dapat kerja yang anda minta.

Mesti ada yang cakap. "Rezeki adalah dari Allah, bukan dari manusia".

Ya memang. Tapi yang menguruskan hal- hal pengambilan pekerja ni HR yang uruskan.

"Aku tak kenal kau siapa, buat apa aku ambil kau kerja. Baik aku ambil sepupu/adik/kakak/abang/makcik/pak long/ mak long/ tok wan/ tok nek/ mak/ abah aku kerja."

Orang yang berkelayakan nak buang ke mana encik?Ramai lagi kat luar tu yang tunggu nak kerja. Pemilihan tu biar la adil. Kalau macam ni punya gaya pemilihan kerja, baik tak payah nak keluarkan iklan kat paper @ TV.

Di Perlis ni contoh terbaik. Masuklah mana- mana organisasi KERAJAAN, check tengok ada atau tak yang bekerja di situ ada hubungan adik beradik. Untung- untung korang boleh jumpa satu keturunan keluarga yang bekerja sekali dalam satu organisasi. Aku berani bersunat skali lagi kalau korang tak jumpa langsung benda BABI mcm ni.

Bila orang marah, ayat yang selalu dicanangkan...

KAMI TAU KERJA KAMI
KAMI TAU APA YANG KAMI BUAT
KAMI IKUT PROSEDUR
ORANG HQ YANG SURUH KAMI BUAT MACAM TU

Kepala bana hangguk korang!!!!!!!


Tuesday, November 1, 2011

Resume....

Secara betulnya aku pernah bekerja di beberapa tempat di Penang. Daripada kompeni yang tak ada KWSP sampai la kompeni yang selalu bagi aku pergi jalan- jalan makan angin, gaduh dengan bos, tipu client dan banyak lagi la pengalaman yang best dan tak best.


Matbank Maybank
Kerja aku yang 1st skali ialah kerja secara haram dengan pakcik aku di Maybank Kelang Lama, Kulim. Time ni aku baru habis SPM. So, tengah tunggu result la. Apa jawatan pun tak tau. Kerja aku cuma bantu dua orang kakak, Arlina dan Sha sediakan letter offer housing loan. Lepas tu call customer suruh datang sign. Mudah kan? Setiap hari Jumaat, pakcik aku akan suruh aku ikut staff dia pergi masjid untuk sembahyang Jumaat. Tapi tak pernah sekali pun diaorang bawa aku pergi masjid. Cuma kerap bawa aku pergi makan A&W di Summit Plaza, Bukit Mertajam.
Pakcik aku ni baik. Tiap- tiap kali hujung minggu dia akan bagi 'gaji' dan gaji tu pakai duit dia sendiri. Tiap- tiap hujung minggu juga aku akan guna duit tu untuk balik ke Perlis. Aku berhenti kerja bila result SPM aku keluar.

Kerja aku yang kedua ialah kerja di sebuah cyber cafe di Prai, Pulau Pinang. Mulanya bukan aku yang call minta kerja kat situ. Kawan aku, Adi, yang call. Tapi bila tauke tu suruh dia masuk kerja, dia tak nak. So, aku la yang offerkan diri ganti tempat dia. Jadi aku dikenali sebagai Adi time kerja kat situ. Semua yang kerja situ memang kepala tak betul. Bear, super senior, dengar cerita gaji dia dah cecah RM 1500. Tauke cukup sayang kat dia. Sorang lagi nama dia Colek, pangkat dia bawah sikit dari Bear, selalu cilok duit customer. Dia pernah kena culik time dia kanak- kanak sebab tu nama dia Colek. Staff seterusnya namanya Naseer. Asal dari Bangladesh. Cukup mudah nak kawtim kalau nak suruh dia gantikan kerja. Gila buat OT. Ya adik- adik, cyber cafe pun ada OT. Aku pernah jumpa RM50 atas lantai cyber cafe ni dan time tu aku rasa aku dah cukup kaya raya. Tapi aku silap sebab gi announce kat staff- staff lain. RM 50 tu kena la share 4 orang. Aku kembali miskin. Aku berhenti kerja bila dekat nak raya. Masuk jumpa bos, mintak advace gaji sebulan dan dia pun kasi. Malam tu juga aku cabut balik Perlis dan tak pernah masuk kerja cyber cafe tu lagi.

Kerja aku yang ketiga ialah bekerja di sebuah kilang. KOMAG USA (M) SDN di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekarang dikenali sebagai WESTERN DIGITAL (WD). Aku kerja di sini lebih kurang 2-3 tahun dengan gaji RM 650 sebulan. Kalau di campurkan OT boleh la dapat RM950. Time ni aku dah kawen. RM 950 memang tak cukup. Kerja penat hanya tuhan yang tahu. Kalau shift pagi, masuk 7 pagi balik 7 mlm, shift malam, masuk 7 malam balik 7 pagi. Tapi yang seronoknya, 4 hari kerja, 3 hari cuti dan kadang- kadang 3 hari kerja, 4 hari cuti. Memang tak ada kehidupan. Kerja-tidur-kerja. Aku kerja sebagai seorang 'temporary' selama 2 tahun. Masuk tahun yang ketiga baru la status aku pekerja tetap. Tapi apa yang celakanya, bila gaji aku turun jadi RM625 sebulan. Katanya aku tak ada pengalaman dalam kilang. Kepala bana nenek dia, abih yang aku kerja 2 tahun temporary tu bukan pengalaman? Bodohnya supervisor aku time tu. Aku berkira- kira nak cari kerja lain. Kebetulan time tu aku ada kawan kerja di Standard Chartered nak pakai sale staff. Aku pun curi- curi pergi interview. I was so lucky at that time sebab abih interview saja, apek tu terus suruh aku datang kerja 3 hari pas tu. Tanpa beri sebarang notis berhenti kerja, aku berhenti kerja kilang dan aku masuk kerja bank.

Kini jawatan aku ialah Eksekutif Jualan dan bergaji pokok RM1200 sebulan. Hebat bukan? TIDAK....sebenarnya skop kerja tak ubah seperti seekor kerbau yang membajak sawah. Kerja pulak tak kira hari. Sabtu atau Ahad kalau ada sale kaunter memang kena pergi tanpa claim OT. Tetapi komisyen di sini agak tinggi. Ada kawan- kawan aku yang pernah gajinya mencecah RM 5-6 ribu sebulan. Aku? Tak payah cerita la. Setengah dari tu pun aku dah bersyukur. Kerja di Standard Chartered ni di kelilingi majoritinya kaum cina. Aku, Awee, Hijaz, Ida dan Nadia sahaja melayu tulen. Sampai satu masa hanya tinggal aku sorang sahaja melayu tunggal yang kerja di situ. Tak tahan akibat tekakan dibuli oleh pemakan babi, Clement Tay Wei Ming dan Mr. Derek aku turut sama resign. Seminggu selepas resign Standard Chartered, rakan aku mencadangkan aku kerja di Affin Bank Wisam Pelaut (Padang Kota). Katanya Affin nak pakai orang untuk jawatan "kerbau bajak sawah" juga.

Kerja aku yang kelima ialah "kerbau bajak sawah" bagi produk debit/kredit kad dan housing loan. Bergaji RM 1600 kerja di sini agak santai. Target untuk Kredit kad hanya 30 kad sebulan dan untuk housing loan hanya RM 500k sebulan. Dengan bos yang agak sporting, En Daniyal dan staf- staf spt Kak Zai, Kak Ira, Kak Yus, Kak Rom, Faizal, Asrol memang amat super best suasana kerja. Affin juga kerap hantar staff untuk pergi training di KL. Bagi aku time ni ialah time untuk aku rehat. Apakan tidak, naik bas gi KL, check in hotel yg hebat- hebat, pegi dengo breifing, balik hotel tido, malam berborak sampai pagi. Indahnya dunia. Balik ke branch claim sampai RM 400- 500. Hahahaha....Paling jauh aku ikut trip Annual Dinner di Johor.Tapi keseronokkan tak berpanjangan bila En. Daniyal kena transfer ke HQ. Aku dan Asrol sekarang tak ada bos. Kami secara tidak langsung kena report under seorang nyonya dan makcik vouge. Cara kerja mereka amat pelik dan huduh. Tiap2 pagi kena masuk ofis, sign in kemudian baru bole keluar buat sale. Aku dah la tinggal di Permatang Pauh nak kena seberang jambatan kemudian patah balik ke tanah besar kalau ada client. Apa diaorang ingat aku ni banyak duit nak bayar tol dengan minyak? Dah banyak kali aku explain kat diaorang tetapi masih tetap dengan pendirian diaorang juga. Agak- agak apa yang aku buat? YA..aku resign lagi. Kali ini aku dapat kerja betul2 dekat dengan rumah aku.

Aku sekarang bekerja di Bank Islam. Memang tak jauh dari rumah aku. Dalam 5 minit sahaja kalau dengan motorsikal. Kerja disini suasananya sama seperti di Affin Bank. Rakan- rakan baru semuanya bole gurau kasar. Azril, Edd, Zaidi, Yaseer, Che Mat dan Abg 'J' memang power. Cara kerja sini senang sebab masing- masing tahu macam mana nak buat sale 'cara mudah'. Tapi apa yang membuatkan aku frust bila kerja di Bank Islam ialah, bos taip email pakai kebod dgn menggunakan 2 jari telunjuk kiri dan kanan. Bos tak reti nak fotostat dan faks. Prosessing slow mengakibatkan staff sale selalu kena maki dengan pelanggan. Big Boss yang interview aku dulu pun yang pada mulanya puji Bank Islam bagai nak gila, last- last dia sendiri yang resign.

Dan aku pun turut resign. Aku masih menetap di Permatang Pauh selepas resign dan kemudian pada hujung tahun 2010 aku mengambil keputusan untuk berpindah balik ke kampung asalku, Perlis Indera Kayangan. Kesimplan aku mudah, hidup di Penang selama 10 tahun memang tidak mendatangkan apa- apa faedah. Cuma aku beruntung aku kutip banyak pengalaman semasa aku menetap di sana. Kalau tak ada kekuatan diri, jangan cuba nak paksa diri. Takut kot nanti bunuh diri.

Bersambung.............