Tuesday, November 20, 2012

asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi


Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Salah seorang daripada insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Tuesday, November 6, 2012

Cerita Bola Sepak Malaysia


Setelah berjanggut menunggu, akhirnya buku keluaran syarikat yang paling LIAR DAN ANGKUH kini boleh dimiliki oleh anda dengan cara yang paling mudah. Sila layari http://dubookpress.com/ untuk memesannya dengan cara atas talian.

*saya adalah salah seorang jemaah penulis buku ini (Perlis).

CBM

"Himpunan 14 cerita bola sepak dari jemaah penggila bola sepak untuk penggila bola sepak yang lain."

Penulis       : Jemaah Penggila Bola Sepak Malaysia
ISBN        : 978-967-11057-1-9
Mukasurat : 269
Harga        : RM30.00

Wednesday, October 31, 2012

LATIP DAHAGA


Sudah lebih satu jam Latip mencari restoran yang beroperasi. Nasibnya baik kerana ada satu kedai yang masih beroperasi. Latip memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Ketika melintas, Latip perhatikan ramai mata yang tertumpu padanya. Maklumlah, bertubuh sasa, kacak dan bergaya, tali pinggang putih dan kasut berkilat baru lepas ‘kiwi’.

Dalam tak sedar, Latip terpaksa mengawal langkah. Melintas jalan dengan bergaya. Rambut dan baju mengerbang ditiup angin. Bagaikan seorang hero dia melangkah masuk ke kedai tersebut. Kerusi ditarik tanpa ada bunyi. Tertib gaya duduk beliau amat dijaga. 

Ketika ini pelanggan lain kelihatan berbisik- bisik. Mungkin ada yang memuji keterampilan dan mungkin ada yang hairan siapakah Latip sebenarnya. Datang seorang lelaki 20-an bertanyakan apa yang Latip mahu pesan.

"Encik nak minum apa?"

"Mestilah nak minum air. Takkan aku nak minum nasi kot. Kah...kah...kah...kah...!!!"

Tak. Itu hanya kata-kata Latip di dalam hati. Mana mungkin seorang berjiwa kacak bergaya dan hero membuat lawak bangang sebegitu rupa. Sambil memandang serius kepada lelaki tersebut, Latip memesan minuman.

"Buatkan saya Teh Ais kurang manis", ujar Latip sopan serta santun dan sedikit tegas.

"Makan Encik?"

"Eh, engkau ni harimau ke sampai nak makan aku?"

Ya. Sekali lagi hati kecil Latip berkata- kata. Lawak bangang sebegini rupa hanyalah budak sekolah rendah saja yang faham maksudnya.

"Tak apa, saya nak minum saja."

Kaca mata hitam berjenama mahal Latip tanggalkan. Latip sendiri binggung memikirkan mengapa beliau memakai kaca mata hitam pada malam hari. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan gaya di siang hari.

Dia mengeluarkan telefon bimbit keluaran Korea Selatan. Sambil menekan- nekan skrin, dari ekor matanya dapat rasakan ada beberapa mulut terlopong melihat Latip menggunakan telefon bimbit canggih tersebut.
Lebih kurang dua minit, lelaki 20-an tadi kembali dengan segelas Teh Ais untuk Latip. Latip tersenyum lebar. Akhirnya dia dapat juga membasahkan tekak menghilangkan dahaga. Diletakkan telefon bimbit di dalam poket seluarnya kemudian disedutnya Teh Ais itu sedikit demi sedikit.

Srooottt....srrootttt....sroootttt....

Bunyi Latip menyedut air menyebabkan sekali lagi beliau menjadi perhatian pelanggan lain. Dengan hanya beberapa kali sedut, kini yang tinggal hanyalah saki baki ketulan ais di dalam gelas. Latip puas. Senyuman manis tak lekang dari bibir merah delimanya.

"Dik, kira dik", sambil mengeluarkan dompet dari poket. Penuh gaya!
Dunia ini adil. Kalau Latip boleh mengeluarkan kata-kata dari hati, begitu juga dengan lelaki 20-an itu tadi.

"Suruh kira pula. Ingat ini sekolah ke?"

"Satu ringgit tiga puluh sen, Encik." Jawab pemuda tadi dengan jujur ikhlas dan tawaduk.

Latip bukan sahaja bertubuh sasa, kacak dan bergaya, tali pinggang putih dan kasut berkilat baru lepas ‘kiwi’. Dia juga sebenarnya seorang yang pemurah. Beliau mengeluarkan RM1 dari dompet dan RM0.50 dari poket.

“Nah RM1.50....simpan bakinya.”

Sekali lagi terlopong mulut semua pelanggan mendengar kata- kata Latip dan sekali lagi mereka berbisik sesama sendiri. Bukan kerana sifat pemurah Latip, tetapi kagum dengan cara Latip mengucapkan ‘simpan bakinya’. Memang amat bergaya!

Latip bangun dan melangkah cergas menuju ke keretanya. Seperti mana beliau mengawal langkah ketika baru sampai tadi, begitu jugalah langkahnya ketika mahu pulang. Rambut dan baju mengerbang ditiup angin. Bagaikan seorang hero dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Latip amat lega kerana beliau dapat menghilangkan dahaganya pada malam itu.

Sunday, August 26, 2012

Penang Bridge International Marathon


Dulu masa zaman sekolah memang aku suka berlari. Sekarang sudah 12-13 tahun tinggalkan zaman sekolah dan berlari ini menjadi satu azab bagi aku. Dengan perut yang agak maju ke hadapan. Berdiri pun dah tak nampak jari kaki. Seingat aku benda terakhir yang sama dengan berlari ni, aku pernah berlari anak memanjat Bukit Bendera. Dapat la juga satu sijil. 

Tetapi untuk kali ini aku cuba untuk berlari 10km. Gelak?Lucu?Seram?

Ya adik- adik..
Abam nak masuk Penang Bridge Marathon 2012. Ada banyak kategori. Untuk aku yang hebat ini, aku mula-mula target nak masuk Fun Run saja. Dengan jarak 10km perlu dihabiskan dalam masa satu jam setengah untuk mendapat sijil SAHAJA.

Akan tetapi setelah dicongak-congak, baik aku masuk kategori 10K run. Dengan jarak dan masa yang sama, hadiah dapat la satu finisher medal dan sijil.

Ala...setakat entry ini ditulis, masih ada 83 hari ke hari larian. Sempat kot training.

Saturday, July 21, 2012

SATU MALAM DI KEDAI MAKAN


SATU MALAM DI KEDAI MAKAN

Suasana muram di kedai makan. Ada satu meja penuh dengan budak- budak menikmati makanan. Satu lagi meja diduduki oleh satu pasangan warga emas. Sedikit tersembunyi di sudut gelap ada sepasang kekasih sedang berbual manja. Di meja tengah ada satu keluarga sedang menanti pesanan makanan.

TV3 pula sedang menayangkan cerita Naziha. Tak ada siapa peduli pun tentang cerita tersebut. Tak ada siapa pun yang peduli apa derita yang ditanggung oleh Naziha setelah berkahwin dengan Farouk. kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia menjadi beban kepada Naziha. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam.

Thursday, July 19, 2012

SATU MALAM ANGIN BERTIUP


SATU MALAM ANGIN BERTIUP

Latip sedang tidur. Mulut ternganga. Bunyi dengkur hanya tuhan yang tahu. Tiba- tiba dengar bunyi bising kat luar rumah (jangan tanya macam mana Latip boleh dengar walaupun dia sedang tidur). Latip bangun nak tengok apa benda yang bunyi bising sangat. Nasib baik kain pelikat masih terikat kukuh. Tak perlulah aku cover-cover untuk bangun.

Latip tengok jam di handphone, hari pun dah melewati tengah malam. Lebih kurang pukul 2 pagi. Keadaan di dalam rumah gelap gelita. Berdebar jantung Latip. Sebelum Latip buka lampu luar rumah, dia mengintai dari celah-celah tingkap. Memang tak nampak apa (sebab gelap). Meraba-raba Latip mencari suis lampu di dinding.

Sunday, July 8, 2012

Fox 40 - Alias Ismail


Fox 40
Oleh ALIAS ISMAIL (Utusan Malaysia 10/1/10) 



STADIUM Old Trafford bergegar dengan sorakan penonton tatkala bola rembatan Dimitar Berbatov diselamatkan penjaga gol Kenyir Bersatu - R. Arumugam. Alex Ferguson bangkit dari tempat duduk. Dengan lantang dia memaki hamun pengadil terkenal EPL - Mark Clattenberg.

Puluhan ribu manusia yang berbaju merah menyokongnya sambil mengacah-acah tangan dengan ganas ke arah penyokong pasukan lawan yang berbaju kuning emas.

Lelaki yang mendapat gelaran Sir daripada Ratu England itu mendakwa penjaga gol Kenyir Bersatu menampan bola di luar kota penalti sambil kakinya mencangkuk betis Dimitar Berbatov yang sudahpun berada dalam kawasan itu. Alex Ferguson mahu Red Devils diberi sepakan penalti dan R. Arumugam dikenakan kad merah. Bantahan Alex Ferguson langsung tidak diendahkan pengadil yang berdiri hanya kira-kira empat meter dari kawasan insiden dan nampak apa yang berlaku dengan jelas.

Lelaki yang terkenal sebagai pembuli pengadil itu kembali ke tempat duduk dengan muka merah padam sambil mengunyah gula-gula getah. Dia bimbang satu lagi keputusan upset berlaku dan Red Devils pasukan terbaru yang menjadi mangsa Kenyir Bersatu. Tewas kepada pasukan kerdil dari benua Asia sudah tentu akan mencalarkan reputasinya.

Thursday, June 21, 2012

Tiba masanya.....


Sedang saya berjalan- jalan, saya ternampak beberapa orang rakan 'share' satu artikel yang agak menarik. Hasil penulisan seorang insan yang bernama Abd Rahim Khamis. Tulisan berkaitan dengan bola sepak Malaysia. Siapa Abd Rahim Khamis? Saya sendiri tidak mengenali beliau, tetapi penulisan beliau tentang bola sepak Malaysia amat menarik minat saya.

Di bawah ini saya kongsikan salah satu penulisan beliau. Jika diizinkan, banyak lagi tulisan beliau yang akan saya kongsi di sini.

Tuesday, June 19, 2012

BOOKFEST...!!!!!




Kepada rakan-rakan di pelusuk dunia,


Dubook Press akan melancarkan buku Cerita Bola Sepak Malaysia, himpunan cerita tentang bagaimana setiap 14 pasukan negeri yang bertanding dalam kancah bola sepak tempatan, dari Perlis hinggalah ke Sabah, pernah pada satu masa bernasib baik dan menjuarai piala-piala yang dipertandingkan oleh FAM. Saya adalah penulis tentang Perlis 2004. Datanglah beramai- ramai ke KL ALTERNATIVE BOOKFEST + ART FOR GRABS 2012. Jumpa saya di sana.... :)

Wednesday, June 6, 2012

Berhentilah...

                                                           Harian Metro 6 Jun 2012


Alahai B.A.M....rileks la. Baru 12 tahun memimpin....F.A.M ni dah 28 tahun cool je...tak ada pulak yang berani tulis suruh letak jawatan kat dalam surat khabar.


Tuesday, June 5, 2012

The Difference


                      


The JFA Vission

By bringing the football experience closer, we bring sport itself closer to all, from this affinity. We will create an enviroment rich in enjoyment and happiness.
By strengthening the base of football in Japan, we will create world-class football team that will move, inspire and encourage the people of Japan.
We will always act in a spirit of fair play, fostering friendship among the people in Japan.
We will create world-class national team that will move, inspire and encourage the people of japan and beyond, to contribute to the betterment of the international community.

Wednesday, May 23, 2012

Balik Kampung


Mohon bantuan rakan-rakan jika ada saudara saudari cikeboom- cikeboom yang ingin pulang bekerja di Perlis. Ini adalah peluang mereka, tukar suka sama suka.

Jawatan sekarang: 
Pembantu Tadbir Kanan N22, Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Hendak bertukar ke:
Jabatan kerajaan sekitar Putrajaya
Jika ada, sila PM saya ASAP.

p/s: ya...Private Msg..bukan Perdana Menteri....saya tak minta bom asap, tp AS SOON AS POSIBLE

Tuesday, May 1, 2012

Sarapan...




Di suatu pagi yang hening saya pergi bersarapan...



Saya: Hei budak, datang sini jap...
Pelayan: Ye abang...
Saya : Cuba awak rasa Bihun Soto ni !
Pelayan : Kenapa abang, masin ke ?
Saya : Rasa la dulu..
Pelayan : Eh, mana sudu nak rasa ?
Saya : Haa.. tu la masalah dia !


Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0

Orang itu cari benda salah orang ini, orang ini cari benda salah orang itu. Soalan saya, asyik cari benda salah ja, abih siapa yang nak cari benda betul?



Wednesday, April 18, 2012

Enjoy the conversation...


TAKE TIME TO READ. It's worth reading it. Trust me :)

Professor : You are a Christian, aren’t you, son ?
Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe in GOD ?
Student : Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ?
Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?
Student : Yes.

Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm?
(Student was silent.)

Friday, April 6, 2012

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Amalkan Gaya Hidup Sihat – Matikan Sebentar Telefon Pintar Anda


Gajet
Teknologi atau inovasi baru yang dicipta pada dasarnya adalah bertujuan untuk membantu memudahkan urusan kehidupan seharian kita. Teknologi yang meningkat naik ketika ini adalah telefon pintar, dan dijangka akan melebihi jualan PC pada tahun 2015 kelak. Salah satu faktor yang menjadikan telefon pintar (dan juga tablet) sering digunakan adalah kerana ciri – cirinya yang ‘ubiquitous’ atau mudah digunakan di mana – mana sahaja. Siapa yang tidak pernah membawa telefon pintarnya bersama ke dalam tandas sambil menguruskan ‘hajat’ masing – masing? Mungkin sekarang anda sudah tidak lagi beratur panjang untuk membeli tiket wayang dan hanya tersenyum sinis melihat orang lain gigih berusaha untuk mendapatkan tiket secara traditional.

Namun, saya tidak boleh nafikan, sesetengah perkara yang baik itu akan ada buruknya. Begitulah juga mengenai telefon pintar yang kita guna hari demi hari. Siapa sangka telefon pintar yang kita gunakan dengan secara pintarnya telah membuatkan kita semakin tertekan dan penat? Dan siapa sangka yang teknologi memudahkan ini membuatkan kita semakin segan untuk berbicara secara nyata dengan kenalan kita?

Tuesday, March 20, 2012

Result SPM 2011


Kepada sesiapa yang nak ambil result SPM 2011 esok, sila bawak bertenang. SPM ni dunia semata-mata. Kalau dah tak yakin dengan result, tak payah la nak pergi tercangak awal- awal kat sekolah. Jangan bunuh diri kalau result tak elok. Ramai lagi yang lingkup SPM tapi hidup aman sampai sekarang. Ada yang dapat result gempak pun sekarang ni jadi kutu. PERCAYALAH.

Lagi satu fakta...

PERCAYALAH yg malam ni ada student tak tidoq sbb buat semayang hajat nk bg result esok jadi elok...dah terlambat...dah terlambat adik-adik....

Lupa plak...jgn igt bila ambil result lambat, nak bapak tak bole check dulu....kepada mak bapak yg jenis tak sabar nk tau apa hasil yg anak2 anda dapat time belajar kat skolah taip

SPM [No KP] [No Angka Giliran] SMS ke 15888

Kah..kah..kah....abih la korang...abih la.....mana mau lari...
 

Lepas ambil result perkataan 'KALAU' mmg banyak digunakan oleh budak2 SPM nih....

KALAU la aku study betul2...
KALAU la aku tak ponteng...
KALAU la aku tumpu perhatian...
KALAU la bla...bla...bla....bla...bla...

Benda ni kalau tak kawal, silap2 sampai umoq 30 thn pn dok ulang sebut...

Demm..lupa lagi...kepada couple-couple SPM....abih la korang...awek/balak korang dapat masuk 'U'..korang dok nganga kat umah. Bayang kan kat 'U' nnt brapa ramai calon yg dok tunggu....kakakakaka....LOSER la korang.... 


Antara komen- komen POWER lain dari facebook yang sempat aku kopi pes:
(akan ditambah dari masa ke semasa)

Wednesday, March 7, 2012

PIZZA HUT SUCK!!!




Semalam rasa macam nak makan pizza. So lepas ambil bini balik kerja, kami terus ke Pizza Hut Kangar.
Semasa duduk, time nak order,

1. Tak ada pinggan atau sudu yang disusun atas meja kerana meja baru di cuci.
- meja tak tersusun dengan rapi. FAILED


2. Time cuci meja, staff tu drop the pizza cutter kena kaki wife.
- buat kerja kelam kabut FAILED


3. Order satu regular pizza, Bread stix n  Pepsi for 2, mushroom soup (Meal 2 kalau tak silap) + Deli wings 4 pieces + Creamy Carbonara + Cappucino Frappe Freeze
- nak ambil order pun lambat. kena tunggu lama. FAILED


4. Nak order Hut's Platter staff tu cakap udang dan sotong habis.
- habis??????? FAILED


5. Setelah menunggu entah berapa minit, mushroom soup sampai.
- time ni pinggan sudu baru sampai, staff tak tolong susun. kena susun sendiri. FAILED


6. Kemudian Pepsi n Cappucino pulak yang sampai.
- nasib baik tak lama lepas sup sampai. kalau tak....


7. Tak lama kemudian, Deli Wings n carbonara menjelma.
- deli wing nampak pucat. tak fresh. FAILED


8. Dah habis ratah 3 wings, barulah Pizza sampai.
- staff tipu cakap bread stix dah siap. cuma nak tunggu hantar saja. FAILED


9. Makan..makan...makan....
- nasib baik tengah lapar. sedap.


10. Time nak basuh tangan, air pulak tak ada.
- how come? macam mana kalau nak berak time tu???? FAILED


11. Staff situ cuma sediakan air dalam satu jug kat sinki.
- staff berat mulut nak cakap air tak ada. bila tanya untuk apa jug tu, dia sengih mcm kerang. FAILED


12. Air tu air suam.
- (sedikit panas) mcm mana nak basuh tangan budak? FAILED


13. Bread stix sampai tak sampai- sampai.
- betul tak staff tadi tipu??


14. Time nak bayar bagi tau kat staff di kaunter yg bread stix belum dapat.
- tak ada muka bersalah dan tak minta maaf. FAILED


15. "Bread stix tu baru siap.Encik take away boleh?"
- habis kalau tak take awat aku nak tinggal suruh korang makan? FAILED


16. Pizza Hut Kangar SUCK!
- yes..really SUCK


Thursday, February 2, 2012

Standard Prestasi (KSSR)

                                         

Mendengar kepada tajuk memang agak ganjil bersopan santun. Untuk entri ini saya terpaksa menggunakan kata ganti diri 'Saya' dalam penulisan.

Bagi sesiapa yang tak tahu, KSSR ialah kurikulum baru yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran malaysia pada tahun 2011. Ini adalah untuk menggantikan KBSR yang sudah agak lama diguna pakai.

Tadi saya menghadiri satu taklimat berkaitan KSSR di sebuah sekolah berdekatan. Puan Guru Besar memberi penerangan yang agak bosan. Tetapi nasib baik saya  dibekalkan roti berperisa jagung dan air kotak teh kresantimium.

Sepanjang 2 jam penerangan, saya cuma tertarik dengan satu topik. "STANDARD PRESTASI".

Standard Prestasi ini digunakan oleh para guru untuk menilai prestasi murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan di nilai mengikut 'BAND 1 (paling rendah) - BAND 6 (paling tinggi)'. (konsep sama macam MUET).

BAND 1 - Tahu.
BAND 2 - Tahu dan faham.
BAND 3 - Tahu, faham dan boleh buat.
BAND 4 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab.
BAND 5 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji.
BAND 6 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali.