Fauziah Arof baru- baru ini menulis tentang filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namawee.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Di bawah ini adalah pendapat peribadi saya mengenai apa yang ditulis oleh beliau.
MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.
- Kak Poji, ini filem anak tempatan. Best sangat. Lagi best dari cerita (cinta) melayu yang lain. Lagi best dari cerita yang tak ada hujung pangkal, cerita lawak yang tak lawak mahupun cerita- cerita hantu tak jadi. Mungkin Kak Poji ni kurang sense of comedy kot. Tu la, asik tgk Buletin Utama je.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
- Betul ke akak tak nak pergi tengok? Tipikal Melayu la akak ni. Cerita2 Yahudi kat tv tu nak pulak akak tengok. Bila lagi akak nak memajukan INDUSTRI filem tempatan? Dan kalau dalam filem ni ada Aaron Aziz Remy Ishak Adyputra Shanaaz tak pakai baju haruslah akak gigih tunggu depan tv ye dok?Sekarang ni marah punya pasal, bole la akak cakap tak nak tengok. Tapi satu hari nanti bila keluar kat t.v takkan akak nk tutup t.v dan pergi basuh kain?
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
- Ya, saya tahu kesilapan menghina lagu negaraku itu sangat besar silapnya Tapi tak bermakna dia tiada bakat bukan?Mamat tuh dah sedar dan apologize. Buat apa nak dendam lagi...akak ni maksum ke?
org yg takde pedoman hidup jer dendam sampai MATI...
Kalau ditengok betul2, ada beberapa filem dan dan drama yg jugak berunsur racist, lebih2 lagi kalau mengutuk org asli spt dgn kata 'jakun', 'sakai'.. malah Maharaja Lawak yg harituh pun ada racist jugak bila satu kumpulan tu buat lawak cakap "patutlah ko jadi org asli". Itu belum campur yg stereotyping pelat org Cina dan India.
So, nak blame Namewee sorang2 sbb dia racist hanya kerana dia sorang jer berani racist dgn Melayu, saya rasa tak adil. :D :D
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
- Ini bab agama pula. Bole akak terangkan bagaimana cara untuk beliau minta maaf tentang hal ini?Kepada yang pernah mendengar lagu tersebut, YA !! Memang dia ada hina wanita bertudung dan azan Subuh. Dia pun dah minta maaf pasal hal tu Tapi......YA.....tapi.....akak sendiri pun tak bertudung. Saya tahu sbb saya dah tgk fesbuk akak. Banyak lagi artis Malaysia ni yang hina Islam secara halus atau terang2ngan. Tapi ok je pun. Tak ada plak akak bising mcm ni. Nak contoh?
- Rebecca Nur Islam, Wan Norazlin, Zarina Zainuddin, Zarina An Julie....mereka ini pernah mengaibkan INDUSTRI filem dan mencabar kewibawaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tetapi masih dipuja dan dipuji. Ada juga sesetengah artis yg terang2 teguk arak. Bole je pun diberi peluang keluar tv utk berkarya. Akak tgk juga diaorang ni hari2 kan?
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
- akak, lagu tu ada sebut jgk pasal cina. Part yg depan kritik Cina duduk Kuala Lumpur, kritik bahasa cantones, kritik Singapore. Agaknya akak tak faham bahasa cina kot sebab part tu mmg dia nyanyi dalam bahasa cina. ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’ merujuk kepada pekerja TNB tersebut. Bukannya Melayu seluruh alam. Benda2 yang macam ni kadang2 tu tak jadi hal pun. Orang yang macam akak ni la yang selalu meng'sensasi' kan sesuatu topik hingga jadi besar. Puas kot boleh tengok orang berdebat tenteng isu tu?Cuma saya nak tanya akak, bagaimana cara orang Melayu kerja?( jgn bagi contoh diri akak).Saya pasti akak pun pernah merungut tentang sesuatu yang berkaitan dengan cara Melayu kerja terutama bila berurusan dengan 'gomen'. Akak pun sure pernah dengar istilah "janji melayu"....kenapa akak tak highlight kan pasal istilah tu. Lagi best utk berbicara. Saranan saya, hal2 remeh mcm ni cuba take it as a simple joke. Saya pasti akak pun pernah merungut pasal bangsa lain seperti Cina dan India. SILA JANGAN TIPU..!!
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
- Memang akak ni jenis tak bole terima maaf. Masih lagi nak bezakan yang dulu dan yang sekarang. Sekali lagi saya ingin beritahu, mamat tu dah pun mintak maaf utk klip2 dia yang lepas. TAPI...pernahkah kita fikir kenapa dia buat klip mcm tu DULU? Itu adalah satu cara dia melepaskan geram dan amarah yang terbuku dalam hati beliau. Dia menggunakan teknologi. Sebab dia orang seni. Ramai lagi manusia di luar sana tak puas hati sesama sendiri. Cuma cara nak luahkan perasaan tu berbeza. Nak contoh?ok..saya bagi contoh lagi. macam akak sendiri, akak penulis. 70% perasaan akak diluahkan melalui cara penulisan. mungkinn yang selebihnya akak luahkan secara bergosip time kerja atau pergi mencari salah orang untuk diaibkankan dalam bentuk penulisan. BAYANGKANLAH, kalau semua orang nak luahkan di youtube, perang perkauman la Malaysia ni. Melayu - Cina - India semua dalam satu lingkungan. Kita kena terima hakikat bahawa semua kaum pernah kutuk kaum yang lain.( tolong jgn tipu diri sendiri)
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
-Ambil yang positif la akak. Akak ni kira nak tembak je. Apa yang dibuat oleh mamat tu, dipanggil Inisetif dan Usaha. Dia hampir kena banned dari berkarya, dia berusaha nak jumpa dgn PM sebab dia sendiri cakap dia nak terangkan apa dia punya plan. Dia cuba nak guna 'kabel' paling besar.Kalau nak kata dia ni salah time nyanyi Negarakuku tu, mmg tak. Tak ada tindakkan diambil. Kalau dia salah, takkan dia sanggup nak pergi jumpa PM. Kena penampo plak ngan Najib. Tangan Najib tu gebu. Cuba tengok sikap karyawan lain. Bila ada masalah, amik jalan mudah,panggil reporter hantam dalam paper. Hasil? habuk pun tarak..
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
-Akak ni mmg jenis suka hasut orang kan?asyik2 nak ulang pasal Melayu dan Islam. Editor akak mesti bangga bila tgk akak punya artikel dapat feedback yang banyak. Kalau akak tak ada masalah dengan filem ini, akak jgn la tulis hasut2 macam ni. Dia penat2 buat filem ni. Dah la ni cara dia cari makan. Kalau pasal artikel akak ni menyebabkan filem dia tak sold out macam mana?Tapi sy pasti bila akak tulis mcm ni, lebih banyak panggung akan SOLD OUT. Kn jenis 'orang kita' ni suka benda2 kontroversi.Saya tengok komen2 org tentang filem ini semua bagus2. Cer akak gi tgk filem ni. Mana la tau kalau akak tergelak menonton HASIL karya mamat yg akak tak suka sangat ni.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
- oh ya...sebut pasal Mamat Khalid, dia pun dah minta maaf pasal statement dia yg mengkritik Namawee hari tu. Dia cakap komen yang dia beri hari tu terlalu mengikut perasaan.Nasi Lemak 2.0 ni pun ada gabungan semua yg akak tulis kat atas.KEHIDUPAN PELABAGAI KAUM YANG SALING HORMAT MENGHORMATI. Itu la saya sarankan akak pergi tengok dulu filem ni, kemudian kritik la. ini tak tau hujung pangkal kira nak tembak je. Akak juga patut berterima kasih pada Namawee. Tanpa dia, akak tak ada benda nak tulis dalam suratkhabar ni. Oh ya...hampir terlupa, filem ini telah mengutip RM 1.5 juta pada 4 hari pertama tayangan di panggung.
Ulasan:
Saya sarankan anda semua pergi menonton filem arahan Namewee ini untuk menyokong beliau sebagai seorang rakyat Malaysia. Jika anda boleh sukakan Syurga Cinta, Aku Masih Dara dan Hantu Bonceng, anda pasti suka akan filem ‘muda’ ini. Saya tidak menyebelahi mana- mana pihak. Cuma dalam hal mcm ni, kita kena berfikir di luar kotak.
Kita cuma manusia biasa yang dipinjamkan akal dan fikiran oleh Tuhan yang Esa. Tanggungjawab kita adalah menggunakan akal dan fikiran itu ke arah yang betul. Jika kita rasa benda tu tak elok, tak payah ikut. Kalau rasa benda tu elok, kita ikut. Jangan sampai lupa diri sudahlah.
Akak Poji:
Tak di nafikan namewee tu memang kretif,lawaklah akak yg tak nak tgk filem tu hanya kerana namewee.Janganlah judge Namewee hanya sebab kontroversi dulu, akak taknak tengok filem dia. Serius, kalau akak ada sense of humour dalam diri akak, akak tak rugi tengok filem ni.Kalau tak baik akak layan cerita 'Anak Mami' atau 'Cinta Fotokopi'
Namewee:(http://www.youtube.com/watch?v=t5d0eqBqra8)
Stay calm, chill, you marah macam ni so many cells in your body all mati kao kao la, we all know Utusan is a piece of shit, let them be, they are useless too.
BONUS:
- Video 'Undilah' hasil karya Pete Teo masih belum diluluskan untuk siaran oleh SKMM. Maybe Nurul Izzah Anwar is there or maybe Rosmah should do some rapping baru clip baru bole lulus kot? Anda bole tonton di youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=-1hllAhSXLA )
2. Antara lagu lain yang best
- http://www.youtube.com/watch?v=fLgkXy_-Q5w&feature=player_embedded
- http://www.youtube.com/watch?v=onGV8yx2am8
RUJUKAN:
Utusan Online
voiletiris
nikerlys
kecimpret
kintan
alovera
No comments:
Post a Comment