Sunday, August 26, 2012

Penang Bridge International Marathon


Dulu masa zaman sekolah memang aku suka berlari. Sekarang sudah 12-13 tahun tinggalkan zaman sekolah dan berlari ini menjadi satu azab bagi aku. Dengan perut yang agak maju ke hadapan. Berdiri pun dah tak nampak jari kaki. Seingat aku benda terakhir yang sama dengan berlari ni, aku pernah berlari anak memanjat Bukit Bendera. Dapat la juga satu sijil. 

Tetapi untuk kali ini aku cuba untuk berlari 10km. Gelak?Lucu?Seram?

Ya adik- adik..
Abam nak masuk Penang Bridge Marathon 2012. Ada banyak kategori. Untuk aku yang hebat ini, aku mula-mula target nak masuk Fun Run saja. Dengan jarak 10km perlu dihabiskan dalam masa satu jam setengah untuk mendapat sijil SAHAJA.

Akan tetapi setelah dicongak-congak, baik aku masuk kategori 10K run. Dengan jarak dan masa yang sama, hadiah dapat la satu finisher medal dan sijil.

Ala...setakat entry ini ditulis, masih ada 83 hari ke hari larian. Sempat kot training.