Kadang- kadang kalau ada yang bertanya kereta idaman, ramai yang memikirkan Honda, Mitsubishi, Toyota, Merc, BMW dan lain- lain kereta import. Tak terlintas langsung di dalam kepala otak nak memiliki kereta nasional keluaran Proton. Banyak sebab dan alasan yang diberikan bila ditanya kenapa tidak meminati kereta keluaran Proton dan kebanyakannya hanya mendengar cerita dan bualan rakan-rakan. Jika anda menyelami pembuatan Proton ini, mungkin anda membuka minda anda untuk mentafsirkan semula Proton.
Tuesday, August 5, 2014
Tuesday, January 14, 2014
Pelakon
Bila dilihat sekeliling, banyak pelakon-
pelakon handal. Tak kira kiri kanan depan atau belakang, jauh atau dekat,
masing-masing dengan persembahan lakonan yang hebat.
Berapa ramai orang sekeliling kamu yang
menunjukan simpati ketika kamu di dalam kesusahan?
Ramai...Memang ramai. Tetapi berapa ramai
pula yang betul-betul simpati da menghulurkan bantuan?
Berapa ramai pula yang pada mulanya
menunjukan simpati kemudian hilang tanpa ada bertanya khabar?
Pilihan di atas diri sendiri samada untuk
turut sama berlakon atau hanya menjadi penonton.
Cerita sekarang...
Apabila lama tidak meng 'up date' blog, maka banyaklah cerita- cerita sepanjang zaman terlepas. Tak nak ambil kesemua untuk bercerita di sini kerana cerita penuh berada di facebook. Tetapi adalah tidak adil jika tidak bercerita langsung di sini. Maka aku mulakan dengan cerita.........
Nilai kata-kata....
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang
puji kononnya kita berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat,
orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata
orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara
yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan
saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut.
Milah Kangkung
Berlakunya cerita di sebuah kampung nun
jauh di Utara Kedah. Di situ tinggalnya dua buah keluarga. Yang satu tu janda
beranak satu. Janda ni ada anak dara bernama Milah. Keluarga yang satu lagi tu
duda beranak satu. Duda ni juga mempunyai seorang anak teruna yang diberi nama
Dollah.
Sejak daripada kecil hingga ke umur akil baligh, Milah
dan Dollah berkawan rapat. Maka mak bapak Milah dan Dollah ni setuju untuk
mengahwinkan mereka berdua. Sebelum menjadi seorang isteri berpesanlah mak Si Milah
kepada anaknya;
Subscribe to:
Posts (Atom)