Friday, November 11, 2011

Surat Khabar 3D

Aku selalunya beli surat khabar Metro. Tapi tadi untuk merasai nikmat teknologi masa depan, aku beli surat khabar New Straits Times.
YA....hari ini kalau beli surat khabar NST hari ini, Berbekalkan kacamata merah+biru, kita akan dapat lihat gambar- gambar 3D di dalamnya. Mula- mula aku rasa macam best bila baca paper 3D. Rasa macam mat saleh 'dalam cerita tahyul masa depan' di dalam TV pun ada juga. Ditambah pulak rupa aku macam Bruce Willis masa muda, memang hebat pengalaman membaca paper 3D ni.

Antara gambar yang dimuatkan dalam paper NST tadi,

TETAPI...TAHUKAH ANDA?????


Baru baca 3-4 mukasurat, kepala dah jadi pening. Apa jadahnya baca paper pakai spek 3D????? Dah la tulisan tak brapa nak nampak, gelap, design spek tak futuristik. Efek 3D yang terhasil dan paling berkesan hanyalah iklan- iklan. Manakala gambar- gambar lain cuma 3D cukup syarat sahaja. Dapat lihat juga pesanan "BEST VIEWED IN 3D" hanya terdapat di iklan besar dan mukasurat penuh.

"Abam...dah abam baca dalam gelap, memang la nampak gelap. Lagi satu, memang la gambar saja yang 3D, takkan dengan tulisan pun nak 3D jugak kot?"

PAAAAAAAAANNNGGGGGG!!!!!!!!!

Kau kalau tak menyampuk boleh tak?

Kalau baca kat tempat terang pun tetap gelap..tetap pening kepala. Bahagian spek yang warna merah tu tetap ganggu kosentrasi nak membaca. Aku tak cakap aku nak tengok tulisan tu jadi 3D, cuma macam pelik la. Time nak baca tulisan kena tanggal spek, time nak tengok gambar, kena pakai balik. Pakai buang..pakai buang...pfffffttt...

Cuba tengok brader kat atas ni. Setakat 1-2 muka surat bole la berlakon. Depan kamera pulak lagi. Bersungguh- sungguh baca. Brader yang blakang dia plak bukan main kusyuk tumpang baca. Aku berani lari telanjang kalau brader yang tengah baca paper tu tak rasa pening langsung lepas dia abih baca.

Lagi satu, adakah kita akan nampak cool kalau baca paper sambil pakai spek 3D ketika selesai bersarapan di kedai kopi...???????

Aku bukanlah dewa surat khabar nak komplen lebih- lebih pasal hal teknologi ni. Tapi apa- apa pun, strategi NST untuk 'BOOM' kan jualan surat khabar untuk hari ini berhasil. Aku percaya graf keuntungan mesti mencanak naik. Tapi kadang- kadang kena fikir la boleh atau tidak penerimaan pembaca dari benda 'teknologi' yang macam ni.

Pendapat aku, kalau korang nak juga tengok hasil 3D di NST ni, better tengok NSTP online. Kat sana gambar 3D nya lebih menarik.

9 comments:

  1. cis,rugi pula tak beli paper hr ni

    ReplyDelete
  2. tak pe...esok gi beli...rasanya jadi half price dah kot paper tu....lagi pun ramai yg tak tau pasal benda nih.

    ReplyDelete
  3. taktau pongggg ~ ayoyo ! nak jugak ! huhuhu

    ReplyDelete
  4. harga paper naek tak ? ekekeke. nak beli gak esok.

    singgah leww.. http://bloggerojak.blogspot.com/2011/11/cashout-saysmy.html

    ReplyDelete
  5. harga sama ke?nak spek tu je..buleh wat tgk movie 3D x?

    ReplyDelete
  6. harga tak pasti plak..rasanya sama kot...maklum la..1st time beli...

    movie 3D???hehehe...bole...tapi harga sama. spek movie lebih futuristik.

    tapi yg penting...Spek kertas ke...spek movie ke...dua2 bole jadi pening kepala kalau pakai...

    ReplyDelete