Wednesday, November 2, 2011

Kerja 'gomen'

Bila aku dah pindah ke Perlis, macam- macam jawatan kosong yang aku minta. SPA8 memang tak pernah aku tak isi.

SPA8 ni tuan- tuan dan puan, tak tau la macam mana dia punya cara operasi. Aku dah isi SPA8 ni dah banyak tahun dah. Cukup setahun aku renew. Ada la kot dalam 4-5 tahun. Sampai hari ni baru 2 tempat yang panggil interview. Ya...INTERVIEW SAHAJA. Belum dapat kerja lagi.

Ada juga yang pesan sebelum isi SPA8 ni, kita kena check dulu sama ada kita ada atau tak sedara mara atau kenalan yang ada pangkat tinggi dalam kerajaan. Kalau tak ada lupakan saja. KENAPA?

Sebab masa anda tak terbuang macam tu saja time isi borang. Anda mungkin boleh dapat panggilan temuduga, tetapi siapa yang akan tolong SELITkan nama anda kepada HR untuk menjamin anda dapat kerja yang anda minta.

Mesti ada yang cakap. "Rezeki adalah dari Allah, bukan dari manusia".

Ya memang. Tapi yang menguruskan hal- hal pengambilan pekerja ni HR yang uruskan.

"Aku tak kenal kau siapa, buat apa aku ambil kau kerja. Baik aku ambil sepupu/adik/kakak/abang/makcik/pak long/ mak long/ tok wan/ tok nek/ mak/ abah aku kerja."

Orang yang berkelayakan nak buang ke mana encik?Ramai lagi kat luar tu yang tunggu nak kerja. Pemilihan tu biar la adil. Kalau macam ni punya gaya pemilihan kerja, baik tak payah nak keluarkan iklan kat paper @ TV.

Di Perlis ni contoh terbaik. Masuklah mana- mana organisasi KERAJAAN, check tengok ada atau tak yang bekerja di situ ada hubungan adik beradik. Untung- untung korang boleh jumpa satu keturunan keluarga yang bekerja sekali dalam satu organisasi. Aku berani bersunat skali lagi kalau korang tak jumpa langsung benda BABI mcm ni.

Bila orang marah, ayat yang selalu dicanangkan...

KAMI TAU KERJA KAMI
KAMI TAU APA YANG KAMI BUAT
KAMI IKUT PROSEDUR
ORANG HQ YANG SURUH KAMI BUAT MACAM TU

Kepala bana hangguk korang!!!!!!!


No comments:

Post a Comment