SATU MALAM DI KEDAI
MAKAN
Suasana muram di
kedai makan. Ada satu meja penuh dengan budak- budak menikmati makanan. Satu
lagi meja diduduki oleh satu pasangan warga emas. Sedikit tersembunyi di sudut
gelap ada sepasang kekasih sedang berbual manja. Di meja tengah ada satu
keluarga sedang menanti pesanan makanan.
TV3 pula sedang
menayangkan cerita Naziha. Tak ada siapa peduli pun tentang cerita tersebut.
Tak ada siapa pun yang peduli apa derita yang ditanggung oleh Naziha setelah
berkahwin dengan Farouk. kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran
dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan
itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia
menjadi beban kepada Naziha. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan
menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu
hitam.
Kalau nak diikutkan
hati, memang nak tengok sampai tamat cerita ini, tetapi jiwa jantan dan lelaki kacak Latip memberontak untuk menonton bola. Ada tengok ada satu meja kosong di depan TV berserta
remote di atas meja. Sudah cukup
bagus. Nampak gaya kedai ini Latip yang punya malam ni.
Setelah Latip duduk, dia mencapai remote TV lantas menukar
siaran ke 801. Ya....Kelantan lawan QPR. Permainan sudah masuk minit ke 30. QPR
sedang mendahului 1-0. Menonton bola secara solo adalah amat membosankan. Tak
boleh bersorak, tak boleh bersembang dan hanya mampu mengetap gigi menunjukkan
rasa protes keseorangan. Air Teh Ais yang Latip pesan baru saja sampai. Sambil menyedut sambil dia melihat ada teman yang boleh diajak duduk semeja.
Kedai makan yang
tadinya sunyi kini semakin dipenuhi orang yang baru balik tarawih penuh. Kalau
tadi hanya Latip seorang yang menonton, kini sudah ada lebih kurang 4-5 orang
yang turut serta. Mat Timun, Sudin, Ajis dan Apai sampai serentak. Latip tersengih
puas bila nampak mereka. Akhirnya Latip ada teman untuk berbual tentang hal- hal
bola.
“Sorry Latip. Kami lambat.” Ujar Mat
Timun sambil memperbetulkan duduk.
“Aku dah nak datang
awal tadi, Apai ni pula nak tunjuk bagus kat bakal bapak mertua. Cakap nak buat
8 rakaat. Last- last sampai 20+3”,
sambut Ajis.
“Hahahaha..aku
kalau tak sembahyang kat sebelah Pak Din tadi, memang aku blah awal,” Apai mempertahankan diri.
Sambil menonton bola
sambil mereka bertukar- tukar pendapat tentang permainan kedua-dua pasukan. Kadang-
kadang terlajak berbual tentang topik lain. Pasal hal FELDA, pasal peragut,
perompak dan ubat anai-anai. Tiba- tiba datang seorang jejaka. Ditariknya satu
kerusi kemudian duduk dengan penuh yakin. Dihulurkan tangan untuk bersalam
dengan mereka berlima.
"Hah..dah kena
dah sebijik?" beliau memulakan kata.
"Ni baru
sebiji. Lepas ni ada lagi kot" Latip menjawab cuba untuk bermesra.
“Biasalah tu, corak
permainan jauh beza” sambung Mat Timun.
"Macam mana
Kelantan nak menang kalau main macam ni. Player QPR ni semua hebat. Tengokkan
pada gaji pun dah cukup. Gaji sebulan player QPR ni boleh cover gaji satu team
Kelantan punya team. “Bla..bla..bla..budu...bla...bla...bla...keropok lekor..bla...bla...Red
Warrior..bla..bla..bla....Pantai Chinta
Berahi...bla...bla....PAS...bla..bla....Anuar Musa...bla..bla...Khairul
Fahmi...bla..bla...Mat Yo...bla...bla..." celoteh panjang jejaka tersebut.
Latip mengangguk-angguk kepala tanda rasa minat tentang apa yang dicakapkan. Jejaka
ni mesti tinggi ilmu pengetahuan bola ni getus hati kecil Latip. Dia sempat tengok Sudin sampai ternganga mulut mendengar hujah jejaka itu.
“Teknik pun....” Latip cuba memberi pendapat tapi dicantas oleh jejaka.
“Haaaa...betul...itu
betul...teknik pun belum betul. Ada hati nak ajak team luar lawan. Tahan bola
tak pernah yang lekat. Passing bola sampai setengah mampus kawan kejar.”
“Tony Fernandez
katanya.....”. Cakap Apai pula dicantas.
“Hah..yang si Tony
tu pun satu. Beli la player yang power- power sikit. Bawa la sorang dua player
Malaysia ni. Buat perjanjian dengan FAM. Buat satu sistem pembangunan bola
sepak yang terancang. Ini tidak, asyik nak denda orang sana sini.”
Latip ketawa dengan
cara dan gaya jejaka ini berbual. Bersungguh- sungguh dan bersemangat kental. Ajis bagaikan disampuk hantu dari tadi diam tekun mendengar hujah masing- masing. Akibat terlalu
asyik, disedutnya air teh-o ais sampai habis tanpa dia sedar.
Sambung jejaka lagi....
“FAM ni sebenarnya
bagus. Diaorang pernah nak tawarkan Jose Mourinho jadi jurulatih Malaysia. Tapi
gaji tu Mourinho minta sampai berjuta-juta sebulan. Mana la nak mampu”.
Latip, Mat Timun,
Apai, Sudin dan Ajis menjadi tergamam secara berkumpulan.
"Tapi apa-apa
pun aku bangga la sebab QPR ni orang Malaysia yang punya. Setakat sekarang ni
dah ada dua team yang orang Malaysia beli. QPR dengan...dengan...apa ntah satu
lagi....haaaaaaaaaa...MANCHESTER CITY..!!!" ujar beliau penuh yakin.
Suasana menjadi
hening. Tiada siapa yang berani bersuara hinggalah perlawanan tamat.
hahaha...awat ang x jawab pong??hehehe
ReplyDeleteaku kalau jawab satgi jejaka tu plak yg diam.
ReplyDeleteHahahaha...betul punya cerita ka dongeng nih?
ReplyDeleteni cerita betul ni waran....kedai depan umah aku
ReplyDelete