Thursday, July 19, 2012

SATU MALAM ANGIN BERTIUP


SATU MALAM ANGIN BERTIUP

Latip sedang tidur. Mulut ternganga. Bunyi dengkur hanya tuhan yang tahu. Tiba- tiba dengar bunyi bising kat luar rumah (jangan tanya macam mana Latip boleh dengar walaupun dia sedang tidur). Latip bangun nak tengok apa benda yang bunyi bising sangat. Nasib baik kain pelikat masih terikat kukuh. Tak perlulah aku cover-cover untuk bangun.

Latip tengok jam di handphone, hari pun dah melewati tengah malam. Lebih kurang pukul 2 pagi. Keadaan di dalam rumah gelap gelita. Berdebar jantung Latip. Sebelum Latip buka lampu luar rumah, dia mengintai dari celah-celah tingkap. Memang tak nampak apa (sebab gelap). Meraba-raba Latip mencari suis lampu di dinding.


Sebaik saja dia tekan suis lampu, kawasan luar rumah menjadi terang. Watt yang digunakan oleh lampu LED Phillips tu hanyalah 13W berbanding mentol biasa 100W. Berbaloi Latip beli walaupun mahal. Sekurang-kurangnya bil elektrik rumahnya tak tinggi sangat bulan ni. Apa yang Latip nampak selepas lampu dinyalakan hanya pokok bergoyang ditiup angin.

Ada pokok pisang dan juga pokok mempelam. Tak pasti sama ada mempelam harum manis atau cokanan. Selalunya buah tu Latip tak sempat nak makan. Burung atau kelawar yang akan potong line Latip. Lepas ni nak kena balut dengan plastik nampak gayanya.

Tiba- tiba Latip terpandang pokok pisang. Goyangan pokok pisang lebih hebat. Maklumlah, batangnya lebih ringan. Menurut kata seorang kawan, batang pisang ini boleh dibuat rakit. Untuk mempercepatkan proses matang setandan pisang, kita perlu buangkan jantung pisang yang ada di tandan. Entah apa logiknya  Latip pun tak berapa pandai sangat.

Angin masih lagi bertiup kencang. Pokok- pokok semakin galak mengikut arah tiupan. Nak hujan barangkali. Elok sangat kalau hujan. Ramai petani kampung mengeluh bendang mereka semakin kekurangan air.

Setelah menyedari tiada apa- apa kejadian aneh yang berlaku Latip pun kembali ke bilik dan sambung tidur.

No comments:

Post a Comment