Saturday, July 21, 2012

SATU MALAM DI KEDAI MAKAN


SATU MALAM DI KEDAI MAKAN

Suasana muram di kedai makan. Ada satu meja penuh dengan budak- budak menikmati makanan. Satu lagi meja diduduki oleh satu pasangan warga emas. Sedikit tersembunyi di sudut gelap ada sepasang kekasih sedang berbual manja. Di meja tengah ada satu keluarga sedang menanti pesanan makanan.

TV3 pula sedang menayangkan cerita Naziha. Tak ada siapa peduli pun tentang cerita tersebut. Tak ada siapa pun yang peduli apa derita yang ditanggung oleh Naziha setelah berkahwin dengan Farouk. kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia menjadi beban kepada Naziha. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam.


Kalau nak diikutkan hati, memang nak tengok sampai tamat cerita ini, tetapi jiwa jantan dan lelaki kacak Latip memberontak untuk menonton bola. Ada tengok ada satu meja kosong di depan TV berserta remote di atas meja. Sudah cukup bagus. Nampak gaya kedai ini Latip yang punya malam ni.

Setelah Latip duduk, dia mencapai remote TV lantas menukar siaran ke 801. Ya....Kelantan lawan QPR. Permainan sudah masuk minit ke 30. QPR sedang mendahului 1-0. Menonton bola secara solo adalah amat membosankan. Tak boleh bersorak, tak boleh bersembang dan hanya mampu mengetap gigi menunjukkan rasa protes keseorangan. Air Teh Ais yang Latip pesan baru saja sampai. Sambil menyedut sambil dia melihat ada teman yang boleh diajak duduk semeja.

Kedai makan yang tadinya sunyi kini semakin dipenuhi orang yang baru balik tarawih penuh. Kalau tadi hanya Latip seorang yang menonton, kini sudah ada lebih kurang 4-5 orang yang turut serta. Mat Timun, Sudin, Ajis dan Apai sampai serentak. Latip tersengih puas bila nampak mereka. Akhirnya Latip ada teman untuk berbual tentang hal- hal bola.

Sorry Latip. Kami lambat.” Ujar Mat Timun sambil memperbetulkan duduk.

“Aku dah nak datang awal tadi, Apai ni pula nak tunjuk bagus kat bakal bapak mertua. Cakap nak buat 8 rakaat. Last- last sampai 20+3”, sambut Ajis.

“Hahahaha..aku kalau tak sembahyang kat sebelah Pak Din tadi, memang aku blah awal,” Apai mempertahankan diri.

Sambil menonton bola sambil mereka bertukar- tukar pendapat tentang permainan kedua-dua pasukan. Kadang- kadang terlajak berbual tentang topik lain. Pasal hal FELDA, pasal peragut, perompak dan ubat anai-anai. Tiba- tiba datang seorang jejaka. Ditariknya satu kerusi kemudian duduk dengan penuh yakin. Dihulurkan tangan untuk bersalam dengan mereka berlima.

"Hah..dah kena dah sebijik?" beliau memulakan kata.

"Ni baru sebiji. Lepas ni ada lagi kot" Latip menjawab cuba untuk bermesra.

“Biasalah tu, corak permainan jauh beza” sambung Mat Timun.

"Macam mana Kelantan nak menang kalau main macam ni. Player QPR ni semua hebat. Tengokkan pada gaji pun dah cukup. Gaji sebulan player QPR ni boleh cover gaji satu team Kelantan punya team. “Bla..bla..bla..budu...bla...bla...bla...keropok lekor..bla...bla...Red Warrior..bla..bla..bla....Pantai Chinta Berahi...bla...bla....PAS...bla..bla....Anuar Musa...bla..bla...Khairul Fahmi...bla..bla...Mat Yo...bla...bla..." celoteh panjang jejaka tersebut.

Latip mengangguk-angguk kepala tanda rasa minat tentang apa yang dicakapkan. Jejaka ni mesti tinggi ilmu pengetahuan bola ni getus hati kecil Latip. Dia sempat tengok Sudin sampai ternganga mulut mendengar hujah jejaka itu.

“Teknik pun....” Latip cuba memberi pendapat tapi dicantas oleh jejaka.

“Haaaa...betul...itu betul...teknik pun belum betul. Ada hati nak ajak team luar lawan. Tahan bola tak pernah yang lekat. Passing bola sampai setengah mampus kawan kejar.”

“Tony Fernandez katanya.....”. Cakap Apai pula dicantas.

“Hah..yang si Tony tu pun satu. Beli la player yang power- power sikit. Bawa la sorang dua player Malaysia ni. Buat perjanjian dengan FAM. Buat satu sistem pembangunan bola sepak yang terancang. Ini tidak, asyik nak denda orang sana sini.”

Latip ketawa dengan cara dan gaya jejaka ini berbual. Bersungguh- sungguh dan bersemangat kental. Ajis bagaikan disampuk hantu dari tadi diam tekun mendengar hujah masing- masing. Akibat terlalu asyik, disedutnya air teh-o ais sampai habis tanpa dia sedar.

Sambung jejaka lagi....

“FAM ni sebenarnya bagus. Diaorang pernah nak tawarkan Jose Mourinho jadi jurulatih Malaysia. Tapi gaji tu Mourinho minta sampai berjuta-juta sebulan. Mana la nak mampu”.

Latip, Mat Timun, Apai, Sudin dan Ajis menjadi tergamam secara berkumpulan.

"Tapi apa-apa pun aku bangga la sebab QPR ni orang Malaysia yang punya. Setakat sekarang ni dah ada dua team yang orang Malaysia beli. QPR dengan...dengan...apa ntah satu lagi....haaaaaaaaaa...MANCHESTER CITY..!!!" ujar beliau penuh yakin.


Suasana menjadi hening. Tiada siapa yang berani bersuara hinggalah perlawanan tamat.

4 comments: