Kadang- kadang kalau ada yang bertanya kereta idaman, ramai yang memikirkan Honda, Mitsubishi, Toyota, Merc, BMW dan lain- lain kereta import. Tak terlintas langsung di dalam kepala otak nak memiliki kereta nasional keluaran Proton. Banyak sebab dan alasan yang diberikan bila ditanya kenapa tidak meminati kereta keluaran Proton dan kebanyakannya hanya mendengar cerita dan bualan rakan-rakan. Jika anda menyelami pembuatan Proton ini, mungkin anda membuka minda anda untuk mentafsirkan semula Proton.
Dipetik dari
luahan engineer Proton…
Assalamualaikum,
Yang ni saya
kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang
berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi.
Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan
cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk
ditengah-tengah R&D PROTON.
“Saya ada
kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat
kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat
checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu
kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya.
sama lah dengan kereta lain juga.”
Kalau kita lalu
kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton.
Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam….
Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter
untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3,
1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana
sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi.
For your
information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan
lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang
volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta
Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia .
“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta
Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah
tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an
yang
diubahsuai.
Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara
umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak
dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
yang sebenarnya.
Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya
kenderaan negara sebenarnya.”
Disini lagi ada
misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk
Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin
di Malaysia walaupun design original
dia dari
Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera
Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini.
Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi
membawa enjin dari luar.
Modal untuk
mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya
sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka
pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak
tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak
percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara
sendiri.
“Selama ini
proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak
selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal
yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal
baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan
jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni
untuk masa akan datang.”
Tidak wujud
kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun
kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan.
Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang
paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang
jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So
bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak
ikat royalti yang tak munasabah.
Nak mintak copy
teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah
kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli
Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je
dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula
bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar.
Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke
Malaysia.
Perodua… kenapa
daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik
Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton….
Milik Malaysia .
“Mungkin ada
yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang
adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”
Inilah susah
orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk
banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas
itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja
tersebut.
Saga - base dia
Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara - base
Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak
berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat
penasihat dari UK .
Wira - Disini
berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama
design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami
disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan
Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang
kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang akan kata
hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford
dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta
yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang
Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun
sebab dia orang suka curi idea.
Bayang kanlah
semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft
tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton,
Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali
rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi
lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan
kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu. Perdana -
untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah
kereta yang dijual pun kena banyak.
So, kalau nak
buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil
kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan
belakang, dan bahagian dalaman.
Tiara - Tiara
adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk
dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja - Waja
adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri.
100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan
consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai
tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju.
Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita
adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus
ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 - 100%
didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan
kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
Savvy - 100%
dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak
ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila
mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang
tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis
Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%.
Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High
Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy
kemek kerana accident.
Well… kereta
mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok
keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila
kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang.
Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany
memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata
Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka
pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain - Ada
banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada
design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain.
Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia
champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin
sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta
mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan
proton untuk membuat kereta mereka.
“Berbalik kepada
masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara
sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam
masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D
proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal
mendapatkan resepinya.”
Proton memang
dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan
untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi
yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni
bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.
Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses
untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan
proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya.
Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya
timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini
tercapai.”
Mungkin ramai
yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman
Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi
rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab
ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton
lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat
kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak
setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua,
berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D
Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas
Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat
Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Rata rata mereka yang senior
dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak..
Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai
bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekasproton, Inokom… head dia pun bekas
proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its
objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri
tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So…
orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi
kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari
America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama.
Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang
beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah.
Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak
membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun
proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan
sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama
perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa
untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri
tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”
Proton boleh
menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja…
buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan
ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi
proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak
kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000
orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang
naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak
membantu.
Cuba ingat
sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta
toyota , nissan, honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah
AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton
juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang
ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta
proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta
proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak
payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap
kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP
dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu.
Bayangkan lah
kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah
RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta
yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru
bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost
R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak
mana Naza untung.
Dasar Automotif
Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping
menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh
bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada
lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan
made in Jinjang atau sewaktu dengannya.
Saudara… Dalam
banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang
memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling
tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda
kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri.
Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi
ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih
dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri
disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…
1. memang mereka
patriotik.
2. Cuba pakai
kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan
pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak
duit.
Jepun…
Semasa
mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh
undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap
membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.
Saudara semua…
kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri.
The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi
banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta.
Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak
ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju.
Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba
ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun.
Ini industri
kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority
kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual,
lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita
boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang
yang banyak.
Masalahnya
sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun
volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya
kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta
proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar)
Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop
kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP
ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA.
Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah
melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar
ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada
negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan
kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu
aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang
yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China
boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi
polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk ke sana.
Memang dia kata
boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak
syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum
lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita
nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita
bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang
sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak
membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh…
tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .
Naza yang rata
rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional.
Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan
belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah
mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari
pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain.
Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh
Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling
minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua,
Naza ambil.
Tapi saya tak
marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi
fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang
teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang
betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau
kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan
bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support
selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa
kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau
lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall
balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan
Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang
cakap je… test sendiri. Baru tau. Sekarang ni Savvy dah keluar dengan Savvy
Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar
gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?
No comments:
Post a Comment