Mendengar kepada tajuk memang agak
Bagi sesiapa yang tak tahu, KSSR ialah kurikulum baru yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran malaysia pada tahun 2011. Ini adalah untuk menggantikan KBSR yang sudah agak lama diguna pakai.
Tadi saya menghadiri satu taklimat berkaitan KSSR di sebuah sekolah berdekatan. Puan Guru Besar memberi penerangan yang agak bosan. Tetapi nasib baik saya dibekalkan roti berperisa jagung dan air kotak teh kresantimium.
Sepanjang 2 jam penerangan, saya cuma tertarik dengan satu topik. "STANDARD PRESTASI".
Standard Prestasi ini digunakan oleh para guru untuk menilai prestasi murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan di nilai mengikut 'BAND 1 (paling rendah) - BAND 6 (paling tinggi)'. (konsep sama macam MUET).
BAND 1 - Tahu.
BAND 2 - Tahu dan faham.
BAND 3 - Tahu, faham dan boleh buat.
BAND 4 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab.
BAND 5 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji.
BAND 6 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali.
Tahu, faham dan boleh buat itu tidak menjadi masalah kepada saya, apa yang menarik minat saya ialah BAND 5 dan 6. BAGAIMANA dan APA yang dimaksudkan BERADAB TERPUJI dan BERADAB MITHALI?
Bagaimana nak ditafsirkan adab terpuji dan adab mithali di sekolah???????
Bagaimana cara untuk murid boleh sampai ke BAND 5 atau 6??????
Apa krateria yang perlu ditonjolkan oleh murid untuk membolehkan guru mentafsirkan beliau sebagai seorang yang beradab terpuji dan beradab mithali?
P/s: Jika anda seorang guru dan anda membaca entri ini, sila berikan sedikit penerangan. Saya dulu sekolah tak tinggi..stakat tingkat 4 ja...
P/s/s: Saya betul- betul perlukan penjelasan. Roti jagung tadi masih terasa lekat di tekak kerana masih belum dapat memahami sepenuhnya istilah tadi.
Seorang guru ni 'terasa' gak saat membaca entri ni. Malangnya, tak dpt gak nak jelaskan pada Mr Pong kerasa sy berada di sistem berlainan walau di bidang sama. Hrp ada cikgu yang berkenaan boleh jelaskan. Maybe Dik Hud? Aku pernah terbaca entri KSSR dia sket masa lalu..
ReplyDelete