Wednesday, December 7, 2011

Tipu bangang

Bersempena dengan hari AIDS sedunia pada 1 Disember yang lalu, satu SMS/email yang paling bangang telah berlegar di ruang angkasa Gaban. Dakwaan palsu tentang wujudnya virus HIV dalam minuman bergas seperti Coke, Pepsi dan lain- lain. Lebih kurang macam ni la SMS nya:

"Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang"

Itu dalam bahasa Melayu. Untuk yang tak faham bahasa melayu, ada juga versi bahasa Inggeris. Lebih kurang macam yang kat bawah ni.

"for d next few days, do not drink any product from pepsi company like pepsi, tropicana juice, slice, 7up , coca cola, etc,,as a worker from the company has added his blood contaminated with HIV. watch Ntv7 ...please 4ward this 2 every 1 u care about.....ok. Please note seriously"

JENG...JENG....JEEEEEENNNGGG.......!!!!!!!!!

Ini bukan bulan April untuk anda buat lawak April Fool. Kalau ye pun nak buat lawak bangang, bukan macam ni caranya. Ada 2-3 orang kawan yang SMS aku pasal hal ni. Kalau salah sorang dari anda membaca blog ini, you know who you are. Pesanan aku cuma satu, tak guna korang belajar tinggi- tinggi kalau SMS bangang mcm ni pun korang nak foward sana sini.

Sebelum korang hantar SMS yg mcm ni, tolong la buat sedikit research. Hari- hari mengadap Facebook, hari- hari online takkan tak bole korang 'Google'kan dulu pasal hal ni. Tengok kesahihan berita ni. Sekarang ni tahun 2011, dan untuk pengetahuan korang, berita tentang hal ni dah keluar sejak tahun 2009 lagi. So tak payah nak buat pandai foward sana sini SMS bangang macam tu.

Katanya SMS ni start dari INDIA. Yang peliknya, 'The Brand Trust Report' di India telah menyenaraikan PEPSI sebagai salah satu produk yang paling dipercayai di negara itu.

Nampak tak..nampak tak???
(kalau tak nampak itu bukan masalah aku)

Bila korang foward SMS yang panjang macam ni, sekurang- kurangnya RM 0.20 (betul ke?) akan ditolak dari kredit kerana sms ni melebihi 160 patah perkataan. Jumlah rakyat Malaysia sekarang lebih kurang 27juta, OK...tak logik la pulak kalau semua 27 juta tu foward SMS kan, kita try ambil 1/4 saja dari jumlah tu yang foward berita ni melalui SMS. Sekarang siapa yang untung siapa yang rugi dan siapa yang BODOH?

Kalau ye pun nak gemparkan orang ramai, kenapa tak tulis dalam beras ada virus HIV, dalam loji air ada HIV. Biar mati tak makan/ minum semua manusia ni kat dunia ni sebab takut sangat dengan berita- berita tahyul yang macam ni.

Tuan tuan dan puan puan,

Ada yang bertanya,

KALAU la kita minum air Pepsi @ Coke yang betul- betul tercemar dengan darah HIV ni, adakah kita juga akan dijangkiti HIV?

Virus HIV ni tak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah atau air mani yang tertelan oleh manusia ( tertelan air mani...WTF???), pendedahan kepada haba udara dan asid di dalam perut manusia akan memusanahkan virus itu. Oleh itu tiada resiko HIV berjangkit melalui makanan atau minuman. (SUMBER)

Benda ni kalau korang semua ALERT, pernah terjadi pada tahun 2004 di mana ada sumber yang mengatakan tentang hal yang sama (HIV inside). Tapi cuma tukar produk sahaja. KICAP.

Pada tahun 2007 dan 2008, sekali lagi berita tentang hal ini keluar, juga hanya menukar produk. Kali ini SOS TOMATO menjadi mangsa. Suka- suka hati nak kecoh pasal HIV. Korang tau ke pasal HIV?

Yang aku asyik pot..pet...pot...pet ni bukannya Pepsi @ Coke bagi aku gaji pun. Aku pun jarang minum air gas ni.

Minuman bergas ni sebenarnya tak elok sangat untuk diminum. Kalau nak minum sekali sekala tu tak pe la. Tapi kalau nak kena pototng kaki sebab kencing manis, korang minum satu hari 34 tin pun tak pe.

Lain kali kalau nak ingatkan orang tentang bahaya minum minuman bergas ni, tak payah la sampai nak kaitkan dengan HIV. Kecoh satu dunia pasal hal ni. Inbox email dan handphone aku jadi penuh. Penat aku je nak kena delete semua tu.

1 comment:

  1. Good info! Great entry!

    Same goes to:
    -"AA terhempas di Bangkok & Swak"
    -kafir edit gmbr duduk atas Kaabah
    -etc

    Ape2 pon uols boleh tak bace, delete n jadikan iktibar? Kalau geram mcm mane pon sabar or DELETE trus org mcm ni dlm hdup or ur social network. Sakit betol hati tgk pd sesiapa yg dok merantaikan(passing) benda2 xde moral ni. Secara tak lansung org yg passing tuh yg melambangkan kesentengan dri sendiri...

    Sorry emo lebey.. Ahaks.. Assalam.

    ReplyDelete