Tuesday, December 20, 2011

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Setelah sekian lama tak update blog, hari ini bagaikan ada satu suara yang membisik ditelinga aku, "UPDATE lah blog...UPDATE laaaaaahhhh~~". Disebabkan takut punya pasal, aku menggagahi jua diri aku yang sememangnya gagah ini untuk menulis.

 
CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA (CMTKPD) ini adalah hasil karya saudara Lucius Maximus. Beliau adalah salah seorang penulis tetap di blog Sokernet, mempunyai blog sendiri iaitu Trankuiliti Tronoh dan tidak ada kaitan dengan Maximus Ongkili langsung. Tetapi beliau pernah bermegah kerana nama Maximus pernah diguna pakai oleh seekor kuda kacak di dalam cerita tahyul kanak- kanak "Rapunzel". Buku ini adalah penulisan kedua beliau selepas buku Cerita Piala Dunia.

Buku ini aku order dari Dubook Press melalui atas talian (online) dan berharga RM 20. Walaupun agak lambat menerima buku ini, aku sebagai seorang yang beriman setia menanti Encik Posmen menghantar buku ini.

Dimulakan dengan prakata Pipiyapong, yang juga salah seorang penulis tetap di Sokernet, menceritakan bagaimana angan- angan beliau untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Menceritakan bagaimana seorang pemuda bernama Baharom Bahari dari lahir dari sebuah kelab bernama Torpedo Lipis dan kemudian membawa pasukan Malaysia ke Piala Dunia. Peringkat tertinggi yang berjaya dicapai adalah pada tahun 2026 iaitu Malaysia terkandas di separuh akhir. Tidak dinyatakan pula tewas kepada siapa. Mungkin India atau Timor Leste kerana penduduk negara mereka juga kuat berangan.


CERITA MALAYSIA TI DAK KE PIALA DUNIA  ini menceritakan bagaimana pasukan Malaysia membanting tulang untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia yang saban tahun turut dilakukan oleh negara- negara lain selama 40 tahun bermula dari tahun 1974 hingga yang terkini untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil. Juga diselitkan kata- kata 'beralas' dari jurulatih yang pernah membimbing skuad kebangsaan dalam menghadapi pemain- pemain 'profesional' negara kita.

Gaya penulisan Lucius ini seperti mengajak kita kembali ke tahun tersebut dan mengalami sendiri detik- detik persiapan skuad kebangsaan dalam menghadapi setiap perlawanan kelayakan Piala Dunia. Turut ditulis apa yang terjadi sebelum dan selepas perlawanan, masalah yang timbul dalam skuad kebangsaan dan alasan setiap kali gagal layak ke Piala Dunia. Setiap peristiwa diulas dengan baik dan diselit fakta- fakta yang berguna dan yang tidak pernah kita dengar. Sama ada bohong atau tidak fakta tersebut, itu urusan dia dengan Tuhan. Sesungguhnya kita akan percaya kerana ayat tersusun dengan penuh yakin dan rapi. 
Saya amat tertarik dengan setiap kata-kata yang dipetik sebelum atau  selepas gagal atau tewas seuatu perlawanan. Antara kata- kata menarik yang diselitkan oleh penulis:

Saya boleh faham jika hanya satu atau dua pemain bermain dengan buruk, tetapi dalam perlawanan ini ianya terbalik, hanya satu atau dua pemain yang bermain dengan baik sedang yang lain mengecewakan. (Karl- Heinze Weigang, 21/4/82, ketika tewas kepada Korea Selatan)
Seperti yang dijangka, Malaysia ghairah memburu gol dan kami hanya perlu menuggu sebarang kesilapan pihak lawan untuk melancarkan serangan balas. (Carlos Alberto Parreire, 25/4/82, ketika Kuwait menang 4-0) 
Korea Selatan ibarat berada di atas pokok menanti untuk gugur. Malaysia mampu menggoncang mereka hingga jatuh. Trevor Hartley, 1989, ketika optimis Malaysia mampu menewaskan Korea Selatan.
"Zainal dari Afrika bukan?Atau paling tidak ayahnya dari sana".( Wartawan Arab Saudi ketika mengulas tentang Zainal Abidin)
Bagi sesiapa yang selalu mengikuti penulisan Lucius di blog beliau, anda tak mempunyai masalah dengan gaya bahasa yang digunakan. Bahasa formal yang bercampur dengan bahasa yang kita guna setiap hari membuatkan kita sebagai pembaca berasa khayal dengan gaya penulisan beliau.

Buku ini aku anggap ia sebagai kitab bola sepak Malaysia. Ia penuh dengan segala informasi dan fakta yang menakjubkan. Bagi adik- adik kecil yang selalu bersorak di stadium 1-2 tahun kebelakangan ini, adik- adik akan faham kenapa abang- abang tak jadi macam adik- adik. Abang- abang dah penat tengok naik turun prestasi bola sepak di Malaysia ni. (NAIK?????). Oh ya, buku ini juga amat sesuai sebagai bahan rujukan sebelum anda berbual dengan mana- mana 'orang lama' dalam bola sepak.

Baru- baru ini Lucius telah dijemput ke Kafe Sukan di Asstro Arena untuk membincangkan tajuk "Landskap Media Baru: Sejauh Mana Pengiat Sukan Terima Pandangan Peminat". Syabas aku ucapkan kerana hasil penulisan kreatif beliau mendapat perhatian pihak berkenaan. Bukan mudah untuk muncul di kaca TV untuk membincangkan tentang sesuatu yang ditulis di blog.

Jadi inilah serba sedikit ulasan aku tentang buku "CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA". Aku bukanlah dewa pengulas/ penulis, maaf kalau korang tak faham apa yang aku tulis. Aku masih khayal selepas membaca buku ini buat kali ke-34.


2 comments:

  1. Aku tgk gambaq ja ni, xdan nak baca.. (jgn mare..) Eh, kakak dah besaq. Gambaq dia masa baby ada lg kat aku :) Time flies...

    ReplyDelete
  2. hehehe..thanx.at least ada gak yg komen..tak marah...org lain pun buat benda yg sama kat blog ni..
    kakak dh nak masuk darjah 2 dah.gambaq masa baby?bila yg snap?

    ReplyDelete