Malaysia 2 vs Bahrain 3
PLAYER/COACH
- 10 minit terakhir pun tak leh nak defend.
- Lawan team yang bermain 10 orang sepatutnya kerja mudah.
- Malaysia cuma harapkan 1-2 orang playmaker saja.
- Bila playmaker out, semua jadi tak tentu arah. Macam tak penah turun training je main.
- Siapa yang bertanggungjawab tentang taktikal?
- Bila dah leading 2-0, main rilek- rilek dah la. Nak kalut- kalut apa hal?
- Overconfident dan rasa besar kepala yang memakan diri sendiri.
- Malaysia cuma perlu control midfield ngan defend sebab striker dah memang nampak tak bole nak blah
- Bila Bahrain score 1 gol, Malaysia masih tak sedarkan diri. Masih tak tau apa yang nak kena buat.
- Sampai gol yang ke- 2 Bahrain, baru Malaysia nak kelam kabut.
- Gol yang ketiga Bahrain aku cuma mampu berkata "BANGANG".
- "Ini lah harga yang perlu dibayar", kata Ong Kim Swee.
Alasan kepenatan bila lawan dengan Syria tempoh hari mungkin boleh diterima. Tapi bila lawan dengan Bahrain memang pemain dah cukup rehat. Apa lagi masalah yang ada dalam team Malaysia ni?
Alasan kepenatan bila lawan dengan Syria tempoh hari mungkin boleh diterima. Tapi bila lawan dengan Bahrain memang pemain dah cukup rehat. Apa lagi masalah yang ada dalam team Malaysia ni?
Kata- kata seorang tetamu pengulas sukan semalam,
"Mereka perlukan rehat yang baik. Rehat yang contohnya seperti balik kampung jumpa keluarga."
"Pemain masih tertekan kerana terpaksa naik baracuda ketika di Indonesia"
Tolong jangan cari alasan boleh tak?
Tolong jangan cari alasan boleh tak?
Setakat nak menguasai ASEAN aku rasa tak ada masalah. Kalau nak menuju ke peringkat Asia, masih belum cukup ilmu di dada tu. Masih jauh perjalanan dan ntah bila tahun nak sampai pun belum ada sesiapa yang boleh jawab.
Ada segelintir penyokong yang masih mempertahankan pemain- pemain Malaysia. Pada fikiran aku, mungkin mereka adalah dari golongan yang baru kenal apa itu bola dan apa itu "bola sepak Malaysia".
Ada di kalangan mereka berkata "Kau ni pandai komplen ja. Kau pergi main sendiri la kalau dah pandai sangat"
Dan kalau aku bole tendang orang yang berkata sedemikan, memang aku tendang. Kalau aku boleh main, dah lama aku main. Salah ke nak kritik?salah ke nak komen? Kalau dah komen secara halus masih lagi tak faham- faham, ada cara lain ke?Nak kena puji juga ke kalau kalah?Sekali sekala kena ajar la sikit. Kenapa nak dimanjakan sangat?
Aku setuju kalau nak bagi pujian yang melambung kepada pemain- pemain Malaysia bila mereka bawa pulang kejuaraan AFF dan pingat emas Sukan Sea. Tapi apabila diberikan terlalu banyak pujian, pemain akan lupa diri.
"Aaah..aku main macam tahi pun masih ada yang sokong..masih ada yang mempertahankan aku"
"Aaah..aku main macam tahi pun masih ada yang sokong..masih ada yang mempertahankan aku"
"Kalah pun kalah la. Ada lagi yang nak menyokong"
"Jika tak mampu sokong ketika kalah, usah bersorak ketika menang" bagi aku tidak lagi relevan. Aku bukan lalang atau rumpai laut. Tapi aku dah puas sokong dan bersorak tanpa mendapat apa- apa hasil. Sokong je kalah...kalah..kalah....kalah dan kalah lagi...
Ada pula sekelompok peminat yang cuba memujuk diri sendiri dengan mengatakan,
"Bahrain sekarang berada di tempat ke- 13 Asia dan Malaysia cuma berada di tempat ke-27. Patut la Malaysia kalah. Ini adalah kekalahan BERMARUAH"
Ranking itu cuma untuk pasukan senior. Kalau nak dikira ranking, kenapa Malaysia boleh menang ketika lawan dengan Korea Selatan yang masa tu menduduki 98 anak tangga di atas Malaysia?Kalau cakap pasal bola sepak Malaysia, tolong jangan kaitkan dengan maruah.
Ada suara kecil akan menjawab, "Itu Safiq Rahim and the gang bro. Mana sama. Ada Amar, Khyril Muhymin. Team tu power"
Aku jawab, "Maknanya Malaysia tak ada pemain yang boleh menggantikan tempat- tempat tu"
Ranking itu cuma untuk pasukan senior. Kalau nak dikira ranking, kenapa Malaysia boleh menang ketika lawan dengan Korea Selatan yang masa tu menduduki 98 anak tangga di atas Malaysia?Kalau cakap pasal bola sepak Malaysia, tolong jangan kaitkan dengan maruah.
Ada suara kecil akan menjawab, "Itu Safiq Rahim and the gang bro. Mana sama. Ada Amar, Khyril Muhymin. Team tu power"
Aku jawab, "Maknanya Malaysia tak ada pemain yang boleh menggantikan tempat- tempat tu"
Pusing sana sini jawapan tetap sama. Sama seperti yang kita selalu dengar, gaya permainan masih lagi sama seperti 5-6 tahun yang lepas. Tak ada perubahan. Kami yang menonton bola ni tak mintak banyak sangat dari pemain cuma sepak bola dengan betul, tahan bola dengan betul, passing bola dengan betul dan jaringkan gol.
PENGURUSAN a.k.a FAM
Hantar Harimau Muda ke Slovakia tapi balik kampung gaya permainan masih macam dulu. Kalau ada pun hanya berkesan pada 2-3 orang pemain sahaja. Baik berlatih di Malaysia. Duit pun tak buang banyak. Banyak lagi negara- negara yang bagus di Asia. Bagi lepas satu peringkat ke satu peringkat. Bukan melompat terus ke Eropah. Tolonglah berpijak dibumi yang nyata. Tak payah mimpi lebih.
Apa tujuan Malaysia ke Slovakia?
Untuk persiapan menghadapi Sukan Sea atau Kelayakan Olimpik?
Malaysia sebenarnya mempunyai pilihan. Boleh tumpukan kepada Kelayakan Olimpik dengan menghantar skuad Harimau Muda B ke Sukan Sea. Apa guna wujudnya Harimau Muda B ini kalau tak terlibat dengan perlawanan antarabangsa?Adakah mereka diwujudkan untuk 'test' pasukan yang bertaraf kelab dan negeri HANYA di Malaysia sahaja?
Tetapi disebabkan bodoh sombong dan ego manusia- manusia yang berada di Kelana Jaya, hanya satu pasukan yang dihantar bagi menghadapi kedua- dua kejohanan ini. Apa mereka ingat player Malaysia ni robot?
Kerana nak mempertahankan pingat emas a.k.a IBU SEGALA EMAS, perjuangan ke Olimpik nampaknya tak ada harapan dan terkubur begitu sahaja. Pemain keletihan dan cedera hingga tewas kepada pasukan Bahrain yang menduduki tempat tercorot dalam kumpulan dan TEWAS PULA DI GELANGGANG SENDIRI.
"Kita akan buat pembangunan bola sepak dari akar umbi"
"Kita akan buat pembangunan bola sepak dari akar umbi"
- bangunkan menatang apa? dah berapa puluh belas tahun asik nak bangunkan. tak nampak pun bangunnya kat mana.
"Kita akan buat post-mortem dan siasat punca kekalahan ini"
- kalau buat post-mortem, mesti ada kesan kepada game selepas tu. Tapi seperti biasa....permainan yang menghampakan.
"Kita dah mencuba sehabis baik"
- kalau setakat itu saja yang disebut 'terbaik', memang tak reti nak tengok bola la manusia2 ni.
- kalau setakat itu saja yang disebut 'terbaik', memang tak reti nak tengok bola la manusia2 ni.
Siapa yang harus dipersalahkan tentang musibah atau nasib yang menimpa bola sepak negara Malaysia sekarang?
Sultan bola?
Pengurus?
Coach?
Pemain?
Pengurus?
Coach?
Pemain?
Penyokong?
Aku bukanlah DEWA BOLA SEPAK, tetapi aku salah seorang peminat bolasepak. Peminat yang tak kisah apa kelab dan apa negara sekali pun tetapi menjanjikan permainan bola sepak penuh aksi menarik, taktikal yang bagus dan pengurusan yang baik serta sempurna. Ini adalah sekelumit pendapat peribadi aku. Nak kata aku tak PATRIOTIK sebab kutuk game Malaysia semalam? SILA LAH.....Aku dah penat memuji sebenarnya. Kepada budak- budak yang baru kenal bola sepak Malaysia, tak payah la nak tunjuk patriotik sangat marah sana sini bila orang komplen pasal prestasi Malaysia. Tak ada sesiapa pun kisah sebenarnya semangat korang tu.
Sekian,
Terima kasih.
hang terer hang pi main laa....!!!
ReplyDelete>>>> lariiii >>>>> hahahahahaha
salah FAM kot hahaha
ReplyDelete