Monday, November 21, 2011

JOM DIET...!!!

Kat rumah aku ada satu penimbang digital. Aku amat tak suka penimbang ini sebab dia selalu membuatkan aku marah. Jadi, mulai hari ini aku akan start diet supaya penimbang ini pula tak suka kat aku.

Kalau diikutkan kategori BMI,

Underweight = 18.5
Normal weight = 18.5 - 24.9
Overweight = 25 - 29.9
Obesity = 30 ke atas.

Aku punya BMI, 28.6. (gila....dah dekat dengan OBESITY)

Jadi, B.M.I telah kategorikan aku dalam golongan OVERWEIGHT. Tak guna punya calculator.

Di sebabkan BMI ini jugalah aku failed ujian kecergasan JPJ awal tahun 2011 ni. Ujian tu memerlukan aku berlari, lompat dan bangun tubi.

Yang bangsatnya, satu pun aku tak sempat buat sebab failed BMI. Lagi bertambah bangsat ialah sang peng'interview' tu badan macam tong drum minyak diesel. Bole pulak dia kerja dengan JPJ. Sebelum aku keluar dari bilik ujian BMI tu, sempat dia berkata:

" Awak terlebih berat. Lain kali kalau nak datang temuduga yg ada ujian BMI, berak la dulu. Baru jadi ringan."

Seingat aku, berat aku lebih 5-6 kg dari yang mereka nak. Jawab aku:

"Encik, kalau saya berak sekali pun, mana mungkin 5-6 kg tahi akan keluar sekali gus"

BODOH

Time aku demam 2-3 minggu lepas, sebelum Raya Haji, berat aku turun gak 1-2kg tapi lepas baik daripada demam, macam ada hantu raya dalam badan aku ni. Makan...makan...makan....makan...dan makan.

Aku dah try godek- godek blog2 kesihatan. Banyak sangat cara nak diet. Nak kena kira kalori la, tak bole makan itu ini.

Bagi aku yang subjek Matematik dapat G zaman sekolah dulu, aku malas nak kira segala kandungan kalori yang kena ambil dan lemak yang kena elakkan ni.
Jadi aku dah letak 'Diet Ticker' kat sebelah kiri (bawah shoutbox) bagi memudahkan aku moniter aku punya graf. Tak logik kalau aku nak update hari- hari menatang tu. Aku akan update seminggu sekali. Bolehkan?

Start hari ini, aku nak cuba diet. Aku malas nak cerita pasal diet yang aku ikut tu kat sini sebab nanti ramai yang komen,

"Diet tu tak seimbang"
"Mana bole tak makan nasi"
"Kurangkan makan itu, lebihkan makan ini"
"Kalau nak makan, kena campur itu dengan ini baru ok"
"Diet kau tu boleh membunuh"
"Kau tipu, tadi aku nampak 3 kali kau tambah nasi"

Lagi pun, kepala bana apa aku nak kena cerita apa benda yang aku makan hari- hari. Ye tak?
Aku tunggu sesiapa yang ringan jari untuk menaip kat bahagian komen, sila suggest kan aku menu yang bole aku makan dalam proses diet ni.

Bagi aku mudah saja, kalau nak kurus, kena kurangkan makan pas tu pergi jogging. Buat dalam 1-2 minggu kompom berat akan hilang 2-3kg. So kalau ada the fastest way untuk kurus, sila beritahu aku. Siapa yang bagi cadangan bodoh, dia adalah TAHI.

No comments:

Post a Comment