Sunday, November 27, 2011

Entiti

15 tahun dulu, dari rumah aku ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim mengambil masa 30 minit. Tetapi sekarang aku memerlukan sejam untuk sampai. Ini kerana wujudnya bukan satu, tapi banyak entiti yang sering mengganggu aku ketika dalam perjalanan. Tak kira siang atau malam, pagi atau petang entiti ini senantiasa ada.

Kawan aku, Zakaria, dia dah tak lalu jalan ini 10 tahun, malam tu terpaksa juga lalu, terlepas flight gara-gara entiti ini. Salah bajet masa kata beliau. Kamal Hassan hampir- hampir maut akibat cuba melanggar entiti ini. Berlanggar pulak dengan seorang budak kampung yang juga cuba untuk melanggar benda yang sama.

Ada yang cakap tak semua entiti ini yang hidup. Tapi bagi aku, kalau hidup ke, mati ke sama saja. Evo 13, Inspira, Honda V-Tech Triple Turbo tetap akan menjadi lambat seperti kura-kura kalau bertembung dengan entiti ini.

15 tahun dulu masih belum ada pembangunan. Jalan dari Arau ke Pekan Jitra tenang seperti jalan persekutuan yang lain. Halaju tidak boleh melebihi 90km/j. Jika lebih, kita akan disaman oleh En. Polis Trafik sekurang kurangnya RM300.

Tetapi akibat dari Pelan Tindakan "Kedah Maju 2010" jalan ini telah dinaik tarafkan menjadi jalan 2 lorong untuk menampung kenderaan yang banyak lalu lalang dari Arau ke Pekan Jitra. Nasib baik lah Perlis Maju 2015. Kalau tak, mesti lagi banyak entiti ini muncul disepanjang jalan.

Yang aku hairan, sebelum jalan ini dibuat, entiti misteri ini tak pula muncul untuk kacau pemandu pemandu. Habitat mereka diganggu barangkali. Menurut cerita orang yang tinggal di sepanjang jalan Arau -Jitra, entiti ini mampu memberhentikan segala jenis motokar dari sekecil motor Honda Cub lampu bulat hingga sebesar tanker Petronas, Shell, Caltex dan Esso.

Tadi ketika perjalanan ke Jitra, nasib aku baik. Aku sempat mengambil gambar entiti ini. Itu pun sesudah 7-8 entiti ini berselisih dengan aku. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.45 petang.

Entiti

Ya...entiti inilah yang sering mengganggu perjalanan para pemandu. Benda ni la yang selalu melambatkan perjalanan. Dari Arau sampai la ke Pekan Jitra, ada lebih dari 25 traffic light di sepanjang jalan. Apa bangang yang letak traffic light ni banyak- banyak pun tak tau la. Mungkin nak bela kontraktor kot. Kalau naik kereta manual, aku jamin korang tak akan sempat nak masuk ke gear 5. Kalau gear 4 tu dah dikira cemerlang.

Apa yang klimaks nya letak banyak traffic light sepanjang jalan ni?
Ya...aku akui yang jalan ni banyak simpang- simpang kecil. Tapi takkan kalau ada 20 simpang, 20 traffic light kita kena letak?

Cerdik pandai mesti bertanya:
"Habis, macam mana nak buat kalau tak suka letak traffic light banyak- banyak?"

Aku yang bodoh ni jawab,:

"Boleh kurangkan jumlah traffic light tu. Wujudkan 'U' turn. Boleh save separuh dari jumlah traffic light yang ada.

Tak faham? Sila rujuk rajah di bawah.
Bagi semua orang yang ingin ke Jitra dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, tiada pilihan lain. Jalan ini satu satunya jalan yang dekat jaraknya tapi mengambil masa yang agak lama. Kalau nak ikut highway Changloon, jarak jadi jauh tapi bole bawa kereta laju dan keluar ikut Bandar Darul Aman. Kalau pergi ikut Jalan Kangar - Alor Setar, jarak memang jauh dan buang masa. Dengar cerita jalan tu pun dah mula banyak entiti ni sekarang.

Jadi....Pandai- pandai la korang pilih jalan.

No comments:

Post a Comment