Tuesday, January 14, 2014

Cerita sekarang...

Apabila lama tidak meng 'up date' blog, maka banyaklah cerita- cerita sepanjang zaman terlepas. Tak nak ambil kesemua untuk bercerita di sini kerana cerita penuh berada di facebook. Tetapi adalah tidak adil jika tidak bercerita langsung di sini. Maka aku mulakan dengan cerita.........


Dinner a.k.a Malam Anugerah Khidmat Cemerlang

Malam anugerah tu berlangsung di Putra Palace, Kangar. Tema pada malam itu adalah 'Retro'. Tetapi kami diberitahu pakaian adalah bebas asalkan kau tak telanjang. Ada acara cabutan bertuah sebagai selingan. Seperti biasa, aku tak bertuah. CUMA.....Berbaloi la sebab tunggu sampai acara terakhir. Kali ini aku rasa aku power sebab dapat hadiah untuk 'King of the night'. Sebagai ganjaran, aku dapat sebuah periuk karan (periuk eletrik).

King of the night

Mountain Bike

Kali terakhir aku meminat basikal ialah pada zaman persekolahan. 3 kali basikal kena curi setelah bermacam aksesori dipasang. Celakalah kepada sesiapa yang mencuri basikal tersebut. Setelah hampir 12 tahun tidak berkayuh, ketika aku menetap di Pulau Pinang, aku beli sebuah basikal berjenama Raliegh. Kononnya nak mula berkayuh balik setelah berat badan mencapai tahap saiz gajah remaja. Akan tetapi basikal tersebut hanya sempat bertahan tak sampai 6 bulan kerana aku terdesak memerlukan wang untuk berpindah balik ke Perlis. Dengan berat hari aku jual basikal tersebut kepada sorang budak Taiping. 
Kini setelah aku dapat kerja di Kangar, aku amat bersyukur kerana minat untuk berkayuh kembali mencuit perasaan. Tempat aku bekerja menganjurkan satu kayuhan amal ke Satun, Thailand. Aku turut serta dan aku akui itu adalah kayuhan paling jauh yang pernah aku sertai selama aku kenal kenderaan bernama basikal.

Tetapi bagaimana aku berkayuh sedangkan aku tak ada basikal? 

Sila bertenang. Jangan terlalu hairan. Aku pinjam basikal adik aku. Bermula dari kayuhan tersebut, aku kumpul duit untuk membeli sebuah jentera mekanikal bernama basikal bukit a.k.a mountain bike. Kebanyakan kaki kayuh akan memilih jenama Giant, Specializedm Merida, Orbea, Xds, Sars dan jenama mahal yang lain. Aku cuma memilih untuk membeli jenama Volcano dengan harga RM1000. 


Sejak dari itu aku mula untuk berkayuh. Ini bermakna Annuar Manan tidak boleh mendabik dada lagi dan M. Kumaresan boleh menarik nafas lega kerana sudah ada pengganti kayuhan. Kebanyakkan aktiviti kayuhan ini dilakukan di sekitar negeri Perlis dan laluan yang paling aku minat ialah kayuhan ke Wang Kelian. Mengayuh mendaki Wang Kelian akan mewujudkan rasa penat yang begitu super!
Perasaan akan menjadi berbunga kembali apabila sampai di pintu sempadan Malaysia- Thailand. Aktiviti ini selalunya diadakan pada hari minggu (Sabtu atau Ahad). Ini kerana aku dan rakan- rakan boleh terus masuk ke sempadan Thailand tanpa menggunakan pas sempadan atau pasport untuk menjamah pulut ayam. Di bawah aku sertakan gambar- gambar kayuhan yang sempat aku 'cilok' dari facebook.

Angkat basikal tanda sampai

Jeti Temelang, Satun Thailand

Yaroi Waterfall

Team MPKPs 

Al-Fatihah kepada Azihan (hujung kanan baju kuning). Kami selalu berkayuh tetapi Tuhan lebih sayangkan dia. Dia meninggal akibat kemalangan jalanraya.

Ini adalah puncak tertinggi mendaki ke Wang Kelian

Penat hanya Tuhan yang tahu

Lega setelah makan pulut ayam


Wang Prachan

Kedai yang selalu menjadi port lepak setelah penat kayuh.



No comments:

Post a Comment