Wednesday, June 26, 2013

Perompak

Dalam satu rompakan yang berlaku di Guangzhou, China, perompak bank telah mengarahkan semua yang berada di dalam bank :-

"Semua meniarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua yang berada di dalam bank pun mengikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersikap sopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!


Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (berkelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulusan darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat." Perompak tua menolak dan berkata; "Kau ni bodoh! Terlalu banyak wang dengan kita, sampai bila baru kita nak habis kira? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Sementara itu di bank, selepas perompak telah beredar, pengurus bank mengarahkan penyelianya untuk memanggil polis dengan segera. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu dulu. Mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita sendiri dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank sebelum ni!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah hilang dari bank. Perompak mengira berulang kali, tetapi mereka hanya mendapati jumlah yang ada bersama mereka hanyalah $20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tapi pengurus bank pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil "Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!


Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

No comments:

Post a Comment