Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu ada sekuel???

Pada hari pertama tayangan, filem Ombak Rindu telah mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM 750,000. Filem ini juga telah berjaya menewaskan filem No.1 DUNIA iaitu Twilight Saga: Breaking Down dengan sekali henjut sahaja.

Pengarah filem tersebut, Osman Ali berkata,

"Dengan kejayaan filem Ombak Rindu ini, saya bercadang nak buat satu filem sekuel kepada filem ini. Saya telah pun membuat beberapa babak pendek dan saya yakin, filem ini mampu menambat hati penyokong Chelsea, Barcelona dan Real Madrid. Oh ya....tak lupa juga penyokong Liverpool."

Menurutnya lagi, "Walaupun Liverpool adalah pasukan yang hanya bertanding dalam liga domestik musim ini, saya amat memahami kebencian mereka kepada Manchester United dan saya dedikasikan filem ini khas untuk penyokong Liverpool."

Begitulah kata- kata seorang pengarah filem tersohor negara. Walaupun Man U telah disingkirkan oleh FC Basel awal pagi tadi, sikap Osman Ali yang juga penyokong tegar Man U harus dicontohi. Sekuat mana pun pasukan yang beliau sokong, beliau tidak lupakan pasukan yang lemah.

Dalam satu lagi temuramah bersama En. Redznal seorang penyokong Liverpool, berkata, "Saya sedar Liverpool tak masuk Piala Eropah dan Champions League, sekurang- kurangnya dengan ada filem ini, saya boleh mencaci dan mengutuk Man U dan dalam kesempatan ini saya mengajak semua penyokong team lain mengutuk Man U sepuas- puasnya. Kata terrer sangat, dengan Basel pun tak boleh lepas..HUH"

Penulis sempat mengambil beberapa babak dari filem sekuel tersebut dan ingin berkongsi dengan pembaca sekalian.

TERIMALAH.......

OMBAK MAN U (Manchester United)


BABAK 1



BABAK 2

BABAK 3

Sekian terima kasih

2 comments:

  1. Liverpool? You'll never walk alone. Ampa duk berkelai pasai bola lagi ka?

    ReplyDelete
  2. hehehe...pasal bola ni 548 tahun pun belum habis kalau nk berkelai..keh..keh..keh...

    ReplyDelete